Mixed Sushi Untuk Firdaus
3:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin dan hari ini Firdaus bertugas di padang sempena Kejohanan Sukan Olahraga sekolahnya yang diadakan di Kompleks Sukan Lahad Datu. Sebagai ahli BSMM, Firdaus lebih berminat menjadi sukarelawan untuk bertugas dalam unit kecemasan selama dua hari.
Kejohanan Sukan Olahraga berakhir pada pukul 12:30. Sudah tentu Firdaus berasa lapar. Teringat beberapa hari lepas, Firdaus kata teringin makan sushi. Kami singgah di bandar Tabanak dan belikan mixed sushi untuk Firdaus.
Mixed Sushi |
Sushi Salmon ini paling disukai Firdaus. |
Salmon & Avocado |
Ebiko Susho (Telur Udang) |
Tuna Nigiri & Maki |
Sushi Itik dan Ikan Salai. |
Rasanya tidak ada sushi original yang gunakan itik atau ikan salai.Barangkali penjual sushi cipta elemen Jepun dengan citarasa tempatan. Dengan kata lain sushi ini dipanggil sebagai sushi fusion. Menu fusion kadang-kadang sedap juga!
Wasabi & Kicap Masin |
Melihat Firdaus bersungguh-sungguh makan sushi, tak sampai hatilah pula kita hendak kacau..... ahaks! Lain kali boleh beli lagi. Sekarang sushi boleh didapati di mana-mana. Di pasar malam dan pasar tani atau pasar minggu pun banyak gerai sushi.
Cream Brulee Tart |
Waktu asar di LD pada pukul 03:28 petang. Sekarang sudah pukul 3:50 petang. Mari, jemput minum petang bersama kami:
- Cream Brulee Tart
- Pulut Kaya Nyonya
Pulut Kaya Nyonya |
12 comments
Sedapnya esok nak cari sushi jugak la.
BalasPadamSesekali makan sushi memang sedap.
PadamSaya pun nak cari lagi ni.
Macam-macam sushi ada. Mesti Firdaus suka. Tart tu pun nampak sedap.
BalasPadamAnak-anak memang hantu sushi. Tengok Firdaus makan, teringat abang-abangnya.
Padamsemua SA suka kecuali salmon..x tau kenapa x leh makan yang salmon tu...
BalasPadamSebab salmon ikan mentah kot SA.
PadamSy suka sushi fusion, kalau yg betul² ikut resipi Jepun, dulu² sy tak pandai makan.
BalasPadamItulah yang menariknya sushi. Pandai chef sushi sesuaikan dengan citarasa tempatan supaya jadi sushi fusion.
PadamSekarang dah banyak sushi yang dijual ikut citarasa rakyat Malaysia.
BalasPadamBanyak tu peket wasabinya. Habis ke Firdaus makan.
Rezeki Firdaus dapat makan macam-macam susyi mommy dan babah belikan. Sebagai parents dah tentu seronok tengok anak beria makan. Tak sampai hati nak kacau kan. hihi..Asalkan dia seronok makan. Kita tengok pun dah seronok dan kenyang. Ye, betul. Yang fusion pun kadang sedap juga. Makan susyi ni kena makan lebih dari satu baru kenyang.
BalasPadamTergoda tengok cream brulee tart dan pulut kaya nyonya tu. Cantik pulut kaya nyonya tu dengan gabungan warna putih dan ungu. Mesti warna dari bunga telang.
Aiiiiih sebagai penggemar sushi kelas berat, saya tak pernah coba yg pakai topping bebek 😍😍😍😄. Fusion sungguh memang menunya. Tp pasti sedaap kan
BalasPadamMakan sushi je pun dah kenyang apa lagi dengan macam-macam jenis sushi. Dulu tak pandai makan tapi sejak kawan ajar makan kat seoul garden terus suka
BalasPadam