Cerita Tentang Ikan Kerapu
11:18 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Jom kita cerita tentang keluarga ikan kerapu. Gambar-gambar yang Amie kongsikan ini ada yang tersimpan sejak tahun 2024 di galeri HP. Hendak dibuang sayang pula. Baiklah simpan di sini buat bacaan dan rujukan akan datang. Sebelum ini Amie pernah kongsikan paparan : Jom Berkenalan dengan Keluarga Kerapu
Banyak sungguh adik-beradik, sepupu-sepapat ikan kerapu ini. Sekali pandang macam sama, tapi ada yang tak serupa.
Kalau diperhatikan betul-betul gambar ikan kerapu di bawah ini seperti sama saja, tapi sebenarnya tidak serupa. Lihat sahajalah dari segi warnanya yang berbeza!
Beza - Warna yang ketara. |
Beza : Seekor agak panjang, seekor agak melengkung. |
Ada beza tak di antara keduanya? |
Macam sama saja kan? |
Ikan Kerapu Cicak. |
Antara tiga ekor ikan kerapi cicak ini, dua ekor sama tapi yang di tengah lain warna. Tidak pastilah adakah perbezaan warna itu menunjukkan beza jantina ikan kerapu cicak. Wallahu'alam. Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui kerana Dia Maha Pencipta makhluk di seluruh alam.
0 comments