Dari Pukul 12:00 Tengah Hari Hingga Pukul 4:30 Petang Barulah Dapat Melepasi Kawalan Pos Imigresen Sungai Tujoh (Sempadan Malaysia - Brunei di Miri, Sarawak)
4:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tak sangka pula kami melalui pengalaman kurang menyenangkan sewaktu hendak melepasi Pos Imigresen Sungai Tujoh di sempadan Malaysia - Brunei untuk lolos ke Sarawak.
Rupanya berlaku kesesakan kenderaan yang hendak berurusan di pos kawalan kerana bilangan kenderaan yang terlalu banyak! Sempat juga cari maklumat dalam talian. Barulah kami tahu kalau musim cuti sekolah memang akan berlaku kesesakan berjam-jam lamanya dan kenderaan akan bersusun berkilometer panjangnya! Ditambah lagi, kenderaan masuk dari negara Brunei kerana penduduk Brunei berbondong-bondong datang ke Miri!
Pos Imigresen Sungai Tujoh beroperasi mulai pukul 06.00 pagi hingga 10:00 malam. Biasanya dalam tempoh sehari jumlah kenderaan di antara 3,000 hingga 4,000 buah dan waktu puncak pula mencapai 5,000 hingga 6,000 buah sehari.
Kami sampai waktu tengah hari!
Jadinya, habislah waktu kami begitu sahaja.
Pengajarannya : Dalam perjalanan pulang dari Miri ke Brunei nanti, kami mesti keluar awal pagi!
Pengajarannya : Dalam perjalanan pulang dari Miri ke Brunei nanti, kami mesti keluar awal pagi!
Pukul 04:30 petang barulah van kami melepasi pos kawalan. Terburu-burulah mencari masjid untuk solat jamak dalam keadaan kelaparan. Syukur jugalah Amie ada bekalan buah nipah yang dibeli di jeti Kampung Ayer. Amie masukkan buah nipah dalam peti sejuk di Coconut Bay Lodge.
Akhirnya pukul 5:30 petang barulah kami sampai ke kedai makan. Tak ingat apa nama kedai makan tersebut! Perut lapar tak boleh bawa bincang dah.
Sirap Ais penghilang dahaga. |
Banyak jugalah makanan yang ditawarkan di sini, tetapi apabila memesan makanan yang dihajati yang ada hanyalah ayam penyet dan ikan penyet! Penyet pun penyetlah. Jadi semua memesan nasi dengan lauk segala penyet, ayam penyet, ikan tilapia penyet, ikan keli penyet, ikan putih penyet....ahaks!
Amie - Nasi Ikan Tilapia Penyet |
Video kenangan Brunei - Sarawak
0 comments