Cari Makan Tengah Hari di Happy Spoon Cafe
5:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami sudah buat janji temu di Klinik Pergigian Berjaya LD untuk Firdaus pada pukul 02:45 petang. Jadi, balik dari ladang kami bawa Firdaus makan dahulu dan sempat balik rumah, mandi dan solat. Kemudian Encik Suami bawa Firdaus ke klinik.
Sudah tentu Firdaus hendak makan di bandar Tabanak, di Happy Spoon Cafe. Dan kami sangka Firdaus akan memesan menu kegemarannya iaitu Nasi Goreng Tom Yam. Eh, salah! Firdaus hendak makan Nasi Ayam Buttermilk pula!
Firdaus menulis pesanan:
- Nasi Ayam Buttermilk
- Wantan Ho
- Mi Kari
- Cendol Kacang Merah
- Air Suam
Mi Kari |
Cendol Kacang Merah |
Cendol Kacang Merah ini bersaiz besar. Makan seorang memanglah tak habis. Kami kongsi bertiga tetapi tak habis juga!
Ada ais krim vanilla di atas cendol. |
Firdaus - Nasi Ayam Buttermilk |
Encik Suami - Wantan Ho |
Penuh aksesori Wantan Ho. Amie rasa kuahnya sedikit, sempurna secukup rasa! |
Amie - Mi Kari |
Mi Kari penuh dengan pelbagai aksesori. |
Aksesori - udang, ayam, telur rebus, tauhu pok & fish ball. |
Kali ini Amie makan bersungguh-sungguh. Selalunya kalau masakan berkuah Amie akan habiskan dahulu kuah dan aksesori dan tinggallah mi dalam mangkuk. Kali ini Amie tidak pelawa Encik Suami makan mi walaupun Encik Suami tegur : Banyak aksesorinya!
Apa sebab Amie boleh habiskan semangkuk Mi Kari? Sebabnya ialah ada sambal yang sangat sedap! Tak tahu nak kata sambal apa, tapi ada rasa belacan, masam limau kasturi, manis dan pedas secukup rasa! Dengan adanya sambal dan banyak aksesori inilah asbab Amie boleh habiskan mi kuning!
Sambal Mi Kari |
Sempat beli tiga bungkus Prosperity Burger dari Pondok Kopi Bonda. Bolehlah buat makan-makan sebelah petang.
Seperti kelmarin dan kelmarinnya, sampai rumah terus tinjau bawah pokok mangga udang. Alhamdulillah mangga manila dari pokok jiran belakang rumah masih berguguran dan bertambah banyak pula. Sebenarnya jiran belakang rumah (tepatnya belakang rumah jiran sebelah kanan kami) tanam pokok mangga manila di penjuru belakang rumahnya. Pokok mangga manila yang berada di penjuru belakang rumah jiran tadi dahannya termasuk ke belakang rumah jirannya (jiran sebelah kanan Amie), dan sebahagian dahannya termasuk ke belakang rumah Amie, dan sebahagian lagi termasuk ke bahagian rumah jiran belakang rumah Amie. Eh, macamana nak jelaskan tu ya... ahaks!
Maknanya, pokok mangga manila jiran itu masuk ke tiga kawasan belakang rumah jiran-jiran yang lain. Jadi, tiga rumah jiran mendapat rezeki buah mangga manila yang gugur setiap hari.
Mangga Manila |
Kelmarin dan hari ini sudah bawa mangga manila ke ladang. Nampak gayanya esok pun akan bawa jugalah.
2 comments
sedapnya mikari sarat aksesori
BalasPadamUntung jiran² semua dapat merasa buah mangga manila tu, tuannya pula dapat pahala In Sha Allah...
BalasPadamTerliur Sy tengok mi kari tu, lumayan sungguh aksesorinya 😋