Makan Sambil Belajar - Jepun - Portugal - Austria - Filipina
8:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami ada urusan petang tadi. Jadi, katanya tak sempat hendak makan tengah hari bersama. Tidak mengapa. Amie singgah di Bandar Tabanak dan beli makanan untuk alas perut di rumah. Sampai di rumah terus keluarkan ikan untuk dinyahbeku dan renih ceker bersama kurma merah dan white fungus untuk dijadikan sup. Menjelang petang nanti, hanya masak nasi sahaja.
Duduk sendiri di meja makan di dapur, makan makanan yang dibeli di Bandar Tabanak. Amie beli sushi campur.
Sushi Campur |
Nampak macam tidak banyak, tapi apabila makan lima ketul sudah rasa kenyang. Maklumlah ada nasinya. Jadi, selebihnya Amie simpan dalam peti sejuk. Firdaus balik sekolah agama nanti, bolehlah dia sambung makan.
Sushi Campur |
Sudah beli Egg Tart Portuguese, sayang pula tak makan. Kononnya hendak makan dua biji tetapi perut sudah penuh sushi, jadi makan sebiji sajalah.
Egg Tart Portuguese |
Sewaktu kami berada di Lisbon, Portugal pada Februari 2025 lalu, tour guide kami yang bernama Mbak Watie memperkenalkan kuih belém. Menurut Mbak Watie belém terkenal di Portugal disukai ramai. Apabila kami sampai ke kafe tersebut, rupa belém seperti Egg Tart Portuguese yang selalu kita makan itu!
Sepanjang perjalanan memang kepala ligat memikirkan bagaimana rupa kuih belém itu. Pastéis de Belém atau Pastéis de Nata bermaksud Egg Tart Portuguese yang kami suka makan. Perkataan nata itu Amie jumpa dalam hidangan egg tart sewaktu makan di Nando's. Egg tart gaya Portugis ini berasal dari Lisbon pada awal abad ke-19. Kuih ini dicipta di Biara Jerónimos Belém. Ketika itu, putih telur banyak digunakan untuk kanji pakaian biarawati dan jubah paderi. Lebihan kuning telur pula digunakan untuk membuat pastri manis. Dari situlah lahirnya Pastéis de Nata. Apabila biara ditutup, resipinya dijual kepada peniaga kedai roti dan sehingga ke hari ini kedai tersebut dikenali sebagai Pastéis de Belém.
Belém @ Egg Portuguese Tart tersebar melalui jajahan Portugis ke wilayah maritim seperti Macau, Goa (India), Brazil, Angola dan Mozambique. Di Macau, untuk memenuhi selera tempatan muncul versi egg tart gaya Macau - Hong Kong dengan kulit lebih rangup dan permukaan lebih karamel.
Egg Tart Portuguese |
Dari Macau, pastri ini masuk ke Hong Kong pada awal abad ke-20 lalu tersebar ke Malaysia, Singapura, Taiwan dan Jepun. Disebabkan globalisasi makanan, Egg Tart Portuguese kini boleh ditemui dari kafe di Eropah hingga ke kedai roti Asia Tenggara.
Menarik bukan? Kisah pastri warisan biara yang lahir dari kreativiti menggunakan kuning telur berlebihan, lalu berkembang menjadi salah satu pastri yang sangat digemari di seluruh dunia!
Sudah kenyang makan sushi dan sebiji Egg Tart Portuguese, tak laratlah pula hendak jamah croissant.
Croissant juga sangat terkenal dan khabarnya menjadi simbol sarapan klasik di Perancis sehingga ramai menyangka roti bulan sabit ini berasal dari sana. Sebenarnya croissant berasal dari Austria. Roti bentuk bulan sabit ini sudah wujud di Austria sejak abad ke-13.
Ketika Vienna diserang Uthmaniyyah (Empayar Ottoman), tukang roti mencipta pastri berbentuk bulan sabit, simbol bendera Uthmaniyyah sebagai tanda kemenangan. Dari situlah lahirnya bentuk ikonik croissant.
Walaupun croissant lahir di Austria dengan nama kipferl, tetapi lebih terkenal di Perancis. Di Perancis, croissant diperhalusi menjadi pastri berlapis mentega, lebih moden dan menjadi lambang gaya hidup Perancis! Croissant yang sudah berusia berabad lamanya ini hari ini mempunyai banyak variasi dengan coklat, badam, keju dan inti pelbagai rasa.
Mangga Manila |
Tidak lupa, kutip buah mangga manila yang bertaburan di bawah pokok mangga udang. Petang tadi Amie makan tiga biji. Lebihannya bolehlah bawa ke ladang esok pagi.
Uncle Gedek tanya, mangga manila ini asal dari Manila ke?
Betul.
Mangga manila asal dari Filipina. Isinya sangat lembut dan rasanya sangat manis dengan aroma tropikanya yang tersendiri. Bentuknya agak lonjong dan lebih kecil berbanding mangga tempatan lain. Setakat ini kami kutip mangga manila yang gugur dan belum pernah merasa mangga manila muda atau yang belum masak. Bezanya mangga manila dengan mangga lain, mangga manila hampir tidak mempunyai serat.
Betul.
Mangga manila asal dari Filipina. Isinya sangat lembut dan rasanya sangat manis dengan aroma tropikanya yang tersendiri. Bentuknya agak lonjong dan lebih kecil berbanding mangga tempatan lain. Setakat ini kami kutip mangga manila yang gugur dan belum pernah merasa mangga manila muda atau yang belum masak. Bezanya mangga manila dengan mangga lain, mangga manila hampir tidak mempunyai serat.
1 comments
Betul tu kak Amie, makan susyi pun boleh kenyang juga sebab nasi tu. Kiranya macau egg tart pun samalah juga dengan egg tart portugese jugak kan. Pusing-pusing situ je. Croissant zaman sekarang dah bermacam variasi dari butter, jem sampailah ke isi ayam dan salad.
BalasPadamOoo buah magga Manila ni hampir tiada serat rupanya. Sedap tu.