Bintulu Dibasahi Hujan
8:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cadangnya kami hendak jalan-jalan ke beberapa buah pantai di sekitar Bintulu. Sayangnya hujan turun tanpa henti sehingga menjelang tengah hari. Maka, terbatallah segala perancangan yang disusun. Kami hanya sempat singgah di Pantai Batu Mandi sahaja.
Tugu Dewan Undangan Negeri (Monument Council of State) |
Video kenangan di Pantai Batu Mandi.
Sempat singgah di gerai tepi jalan. Eh, ada Goreng Pisang Crispy Sambal Kicap Johor pula. Maka memboronglah kami kuih-muih yang ada di sini untuk dimakan dalam van. Banyak sangat kuihnya sampai rambang mata hendak membeli. Ada nasi lemak, bihun goreng, minuman, buah-buahan potong dan macam-macam lagi!
Amie beli keropok lekor.
Cantik pula keropok lekornya. Dipotong kurus-kurus dan dicelup tepung. Sebatang RM1.00. Rangup, tak liat. Menyesal pula tak beli banyak!
Ada cekodok pisang. |
Mi Goreng Telur Mata |
Kuih Seri Muka dan Talam Keladi. |
Tak banyaklah cerita kami pagi ini disebabkan hujan yang turun menyambut kedatangan kami. Hanya sempat bergambar di hadapan Tugu Dewan Undangan Negeri sahaja. Tugu ini terletak di pusat bandar Bintulu dan menjadi simbol perpaduan rakyat Sarawak. Tugu ini mempunyai bentuk segi lima yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
Tugu iDewan Undangan Negeri ini mempunyai lima warna yang melambangkan lima kaum utama di Sarawak iaitu Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
0 comments