Pakistan - Vietnam - Jepun
9:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, selesai kerja menoreh sesi pagi kami dikehendaki menghadiri mesyuarat. Memandangkan tidak sempat makan di kantin, Amie buat tempahan makanan pada hari Isnin lagi. Ada 15 minit waktu di antara selesai kerja menoreh untuk ke bilik mesyuarat. Bolehlah jamah sedikit makanan untuk alas perut. Rupanya, masa 15 minit itu tidak sempat untuk makan sebab ada urusan tentang aktiviti Bulan Kemerdekaan dengan ketua kelas.
Selesai mesyuarat, Amie minta Encik Suami singgah makan di Restoran Nasim Khan. Terlupa dengan makanan yang tersimpan di dalam bakul!
Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry (Kacang Merah) dan Daging Ruhst. |
Antara menu di Restoran Nasim Khan. |
Di Restoran Nasim Khan, menunya tidak banyak jenis tetapi semua ada. Selain menu yang terdapat dalam gambar, banyak juga menu lain yang tersedia untuk dinikmati bersama roti nan atau roti paratha. Sebahagian pelanggan yang datang terdiri daripada orang-orang Pakistan. Amie perhatkan cara mereka makan, misalnya makan roti nan atau roti paratha dengan lauk-pauk seperti ikan goreng, daging rusht (roast) dan sayur-sayuran. Lebih kurang sama sahaja cara makan roti dengan makan nasi dengan lauk-pauknya!
Tadi Amie lihat ada tiga jenis lauk kekacang termasuk kacang dhal, kacang kuda dan kacang merah. Ada keema daging, ayam karahi, daging rusht (roast), sayur peria, sayur bayam dan sayur kacang bendi.
Kalau hendak makan nasi briyani Pakistan, hanya ada pada hari Jumaat sahaja.
Kami memesan:
- Roti Paratha Goreng
- Roti Nan Cheese
- Rajma Curry - Kacang Merah
- Daging Rusht
- Teh Pakistan (Panas)
- Teh Pakistan (Sejuk)
- Air Kosng Sejuk dan Suam
Teh Pakistan Sejuk & Panas |
Air Kosong Sejuk & Suam |
Encik Suami - Roti Paratha (Goreng) |
Amie - Roti Nan Cheese |
Rajma Curry - Kacang Merah (Red Kidney Beans) |
Biasanya kita akan jumpa Chana Masala dari kacang kuda, tetapi kali ini ada versi kacang merah pula yang dipanggil Rajma Curry. Rajma Curry popular di India Utara dan Pakistan Utara. Rasa Rajma Curry ini lembut berlemak.
Daging Ruhst |
Barangkali ejaan RUSHT berasal dari sebutan roast. RUSHT (roast) Pakistan biasanya dipanggang, dibakar atau dimasak perlahan. Dilihat dari bentuknya, daging ini dimasak perlahan hingga empuk dan memang sangat sempurna dari segi rasanya yang mewah dengan bahan perapan yang terdiri dari jintan, ketumbar, garam masala, bawang putih, halia dan yogurt. Cecah roti dengan kuahnya saja pun sudah cukup enak!
Bismillah. |
Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry & Daging Rusht. |
Sampai rumah baru tersedar makanan yang dibeli terlupa untuk dimakan iaitu Vietnam Roll Mix dan Mentai Rice Baby Octopus.
Vietnam Roll Mix |
Vietnam Roll Mix dengan Sos Hijau. |
Mentai Rice Baby Octopus & Chili Oil |
Nampaknya hari ini dapat jamah makanan berasal dari tiga negara yang berbeza.
- Pakistan
- Vietnam
- Jepun
Sebenarnya Amie beli Mentai Rice Baby Octopus itu sebab hendak makan octopusnya. Lain kali kalau hendak makan baby octopus kenalah pergi ke Sushi King. Boleh telan sekor-sekor... ahaks!
Sebelum masuk rumah, intai bawah pokok mangga udang dulu. Jom kutip mangga manila yang semakin hari semakin bertambah gugurnya!
Mangga Manila |
1 comments
Ramainya menu santapan.
BalasPadamPasti penat sangat menoreh tu, tambah mesyuarat lagi