Ada Apa di Pasar Malam Saberkas Miri?
9:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
31 Mei 2025 bersamaan pada petang Sabtu. Perjalanan dari Bintulu ke Miri, pukul 06:00 petang kami tiba di sini.
Tempat : Pasar Malam Saberkas, terletak di Saberkas Commercial Centre berhampiran Jalan Pujut - Lutong, Taman Bulatan Miri, dan Boulevard Commercial Centre.
Masa operasi : setiap malam Khamis hingga Ahad - dari pukul 4:00 petang hingga 9:30 malam.
Kali pertama jejakkan kaki di sini terasa kemeriahannya! Pelbagai jenis makanan ada di sini termasuk kuih-muih tradisional, kek lapis Sarawak, sate, ikan panggang, sayap panggang, buah-buahan, minuman, goreng-gorengan, nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, murtabak, apam balik, dan macam-macam lagi.
Kali pertama jejakkan kaki di sini terasa kemeriahannya! Pelbagai jenis makanan ada di sini termasuk kuih-muih tradisional, kek lapis Sarawak, sate, ikan panggang, sayap panggang, buah-buahan, minuman, goreng-gorengan, nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, murtabak, apam balik, dan macam-macam lagi.
Pendek kata, Pasar Malam Saberkas sangat sessuai untuk food hunting!
Selain itu, ada kraftangan tempatan, pakaian, majalah, buku terpakai, tumbuhan pasu dan sebagainya.
Mata tertarik melihat seekor ikan yang tergantung dengan cahaya lampu di dalamnya. Pemilik ikan, berniaga ikan panggang begitu ramah melayan kami walaupun kami tidak membeli di situ. Beliau bertanya kami, tahu tak nama ikan yang tergantung itu? Sudah tentu kami jawab tidak tahu.
Beliau yang berasal dari Kedah, menerangkan itulah ikan buntal. Isinya sudah dikeluarkan, dan kemudian kulitnya dikeringkan. Tak sangka begitu cantik kejadiannya!
Ikan Buntal |
Pasar Malam Saberkas Miri
Amie tidak sempat meronda kesemua bahagian Pasar Malam Saberkas. Tujuan kami hanya untuk membeli makanan, dan akan dibawa ke hotel. Jadinya, masing-masing berpecah mencari makanan yang dihajati. Amie beli pulut panggang, kaki ayam masak kicap, dimsum dan bubur pedas.
Pulut Panggang |
Kaki Ayam Masak Kicap - terlerai kulit dari tulang. |
Beli juga beberapa jenis dimsum termasuk inti egg century.
Apa sebab tak sempat ronda semua tempat? Amie sangat tertarik di bahagian tertentu seperti ikan panggang, jadi berlama-lamalah di situ. Rasa teruja melihat pelbagai jenis ikan yang tak pernah ditemui di LD!
Sempat juga bertanya kepada penjual ikan panggang, nama-nama ikan seperti :
- Ikan Enpurau
- Ikan Semah
- Ikan Tengadak
Di antara ketiga-tiga ikan sungai (air tawar) tersebut, ikan empurau paling mahal sehingga mencecah ribuan ringgit untuk sekilogram. Isshhh...issshhh manalah nak cukup masa, siap temu ramah peniaga ikan lagi! Tapi minta maaflah, apabila perbualan tidak dirakam, tidak dicatat, jadinya sewaktu menulis entri ini tak dapatlah hendak kongsikan kesemua nama-nama ikan panggang di bawah ini. Banyak ikan laut yang dipanggang, tapi sekadar tahu ikan pari sahaja.
Abang peniaga ikan bakar ini sangatlah peramah. Manis jew mukanya melayan pelanggan. Katanya, ambillah gambar ikan-ikan yang dibakar, tapi itulah sibuk ambil gambar, rakam video sambil bercerita sampai taki ingat apa nama-nama ikan yang disebutnya!
Macam ada ikan tilapia merah! |
Di bahagian lain pula bersusun pelbagai jenis sate dan panggang-panggangan lain.
Atas sayap ayam panggang, di bahagian bawah tongkeng ayam panggang!
Sate ayam dan tongkeng ayam panggang.
Ada usus ayam panggang! |
Sekarang kita ke tempat jualan kek lapis Sarawak pula. Di sini terus berbintang-bintang biji mata melihat pelbagai macam kek lapis! Warna-warni kek lapis memang menarik perhatian kerana dibungkus dalam plastik lutsinar, Harganya pula memang mampu beli sangat. Satu loaf berharga antara RM25 -RM30 bergantung kepada corak dan perisa. Ada yang berharga RM80.00-RM100.00, juga bergantung kepada saiznya.
Manalah tidak habis masa di sini kerana sibuk membelek nama kek lapis:
- Kek Lapis Evergreen
- Kek Lapis Hati Parang
- Kek Lapis Masam Manis
- Kek Lapis Coklat Cheese
- Kek Lapis Pandan
Kalau diteliti satu persatu memang 'tidur' di sinilah jawabnya malam itu1
Pada mulanya kami hendak beli kek lapis Sarawak di sini. Apabila peniaga kek lapis Sarawak beritahu, jangka kek lapis yang ada sekarang ini dijamin sempurna hanya selama lima hari, kami pun batalkan hasrat itu. Bukan apa, takut belum sampai LD, kek lapis Sarawak rosak di tengah jalan. Tak mahulah sampai LD nanti, kek lapis berbau tengik pula. Peniaga kek lapis tadi beritahu kami, ada kedai kek lapis Sarawak lain di sekitar Miri.
Terima kasih peniaga kek lapis Sarawak yang jujur. Mungkin kek lapis jualannya sudah berada di gerai beberapa hari lepas. Itu sebab tiada jaminannya kek tersebut boleh bertahan lebih lama kalau tidak disimpan dalam peti sejuk.
Jadi, kita jamu mata sahajalah melihat kek lapis Sarawak di Pasar malam Saberkas ini. Kami akan berada seama tiga hari dua malam di Miri. Jadi sempatlah meronda kawasan lain untuk membeli kek lapis Sarawak yang mempunyai jangka hayat kesempurnaan yang lebih panjang untuk dibawa pulang ke LD.
Sewaktu kami sampai ke Pasar Malam Saberkas lebih kurang pukul enam petang, dana meninggalkannya pada pukul 6:30 petang. Sekejap saja kan berada di pasar malam itu? Dan sebelum puluk tujuh malam kami sudah masuk bilik hotel!
Tak sabar hendak makan hasil tangkapan di Pasar Malam Saberkas. dan sudah tentulah tak sabar-sabar hendak merasa Bubur Pedas Sarawak yang dibeli!
5 comments
Ikan bakar tu menyelerakan sungguh... Kek batik pelbagai warna dan rasa.... best nyer :D
BalasPadamAmazing..sangat special...selamat menjamu selera ...
BalasPadamKalau uncle yg jumpa ikan buntal tu... memang uncle selpie dengan dia....
BalasPadamKalau ke pasar malam,memang dapur tak berasaplah
BalasPadamPulut panggang tu nampak best. Lama dah tak makan.
BalasPadam