Amie's Little Kitchen Antara 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025
8:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan ke rumah rakan blogger ETUZA, terbaca entri bertajuk Capai 2K Views Blog - Ini Bukti Usaha Tidak Sia-Sia! Selain menyentuh tentang pencapaian semasa blognya, beliau turut menyenaraikan beberapa buah blog yang mampu menyuntik inspirasi supaya lebih cemerlang dan salah satunya dipetik blog Amie's Little Kitchen. Katanya, Amie's Little Kitchen tersenarai di tempat ke-25 di antara 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025.
Amie pun berkunjunglah ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025 dan benarlah seperti apa yang ditulis oleh Etuza. Hari ini Amie hendak jadikannya sebagai satu entri dan sekali lagi Amie rujuk ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025. Amie dapati blog Amie sudah beranjak dari tempat ke-25 ke tempat 24.
Amie's Little Kitchen |
Amie's Little Kitchen |
Terima kasih Etuza kerana telah berkongsi info. Sebenarnya blog Amie's Little Kitchen biasa-biasa sahaja. Amie menulis sekadar untuk seronok-seronok, menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang. Selain itu dapat berkongsi resipi, menulis peristiwa bersama keluarga buat kenangan dan membuat catatan perjalanan. Rakan-rakan blogger yang lain pun ada yang sama seperti Amie.
Paling penting, setelah memiliki blog Amie dapat sangkutkan hal berkaitan kerja menoreh dan masalah ladang di pintu pagar. Apabila memasuki dunia maya Amie's Little Kitchen, hidup ini menjadi lebih indah!
Kawan-kawan, sesekali marilah berkunjung ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025. Mana tahu ada tersenarai blog kalian di sana.
4 comments
Tahniah.. teruskan menulis :)
BalasPadamWah..tahniah Amie...nak tengok² juga la..siapa lagi yg tersenarai tu
BalasPadamWah! Uncle tumpang gumbira! Bangga sebab kenal Amie walau belum ketemu
BalasPadamAlhamdulillah dan Tahniah Kak Amie
BalasPadam