Jalan-Jalan Cari Makan Tiga Beranak
5:37 PTGFirdaus pula terpaksalah ponteng aktiviti kokurikulum kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah agama dari pukul 7:30 hingga 1:00 tengah hari. Sewaktu pulang dari sekolah agama, nampaklah muka letihnya dan katanya lapar. Paginya, Encik Suami sudah belikan nasi kuning dan kuih untuk bekalan ke sekolah agama. Nampaknya, tak cukup kenyang budak Firdaus.
Encik Suami kata, makan sajalah di Fajar, cari makan di Restoran Nasi Lemak. Rasanya sudah selalu sangat kami asyik makan di sini. Encik Suami kata kalau makan di sini, tak lama menunggu dan lagi pun apa yang dipesan, semuanya ada.
Tengok dalam galeri HP, ada gambar-gambar kami makan di sini. Kadang-kadang makan bertiga dengan Firdaus, kadang-kadang makan berdua dengan Encik Suami sahaja. Bolehlah jadikan satu entri, sekali harung sebab makan di tempat yang sama.
Pernah sarapan di sini dengan Encik Suami, makan karipap pusing |
Firdaus dengan wajah cerianya, walaupun pada mulanya nampak sangat letih balik dari kelas tambahan di sekolah agama. |
Firdaus : Kentang Goreng |
Minuman Longan XXL |
Minuman Longan |
Longan & Nanas |
Nasi Lemak Kari Udang |
Waktu yang lain, teringin pula mencuba Nasi Lemak Kari Udang. Pun tak habis juga, dan minta tolong Encik Suami habiskan udang!
Kari Udang |
Nasi Lemak Udang Goreng |
Udang Goreng |
Nasi Lemak Sambal Paru. |
Sambal Paru |
Wan Tan Ho Mi Sup |
Wantan Ho |
Banyak aksesori Wantan Ho. |
Tengok gambar karipap pusing ini terasa hendak makan lagi. Huurrmm.. memikirkan kena bersiap tukar baju dan sebagainya, malaslah nak keluar cari karipap pusing!
Baiklah pergi belakang rumah, tinjau-tinjau bawah pokok mangga udang kalau-kalau ternampak sebiji dua mangga manila jiran masuk ke kawasan rumah kami. Hari ini dapat kumpul tujuh biji lagi. Semuanya elok sempurna, masak lemak manis.
Mangga Manila di hari8 minggu. |
2 comments
Sejuk tekak dapat sedut air longan tu. Makanan semua meriah & menyelerakan.
BalasPadamsedapnya nasi lemak pelbagai jenis lauk...karipap pusing cantik kejadiannya...
BalasPadam