Untuk Apa Dating?
5:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tujuan asal hendak padam saki baki gambar 2024 yang masih tersangkut dalam galeri. Terjumpalah pula gambar secawan kopi dengan roti! Sayang pula hendak buang. Bukan apa. Gambar-gambar ini merupakan kenangan keluar minum berdua dengan Encik Suami.
Gingger HK Milk |
Orang kata keluar makan, jalan-jalan atau sekadar minum kopi berdua boleh memberi rehat mental. Maklumlah, tanpa anak-anak atau tugas rumah tangga, bolehlah fokus berbual dan mendengar antara satu sama lain. Walaupun sudah berpuluh tahun berkahwin, keluar bersama bukan sekadar meluangkan masa berdua tetapi juga dapat mengembalikan hubungan emosi kerana kemesraan tidak lahir secara automatik. Rasa itu perlu dibina! Maklumlah, sebagai manusia biasa dan sering alpa dengan duniawi, hati pula digenggam Allah, maka macam-macam boleh berlaku tanpa disedari.
Mix Platter |
Ini sahajalah antara cara yang kami pilih, dan tidak perlu belanja mahal. Sekiranya ada waktu terluang memang selalu makan tengah hari atau minum petang bersama dalam suasana santai. Tidak perlulah menunggu sambutan ulang tahun perkahwinan, baru hendak keluar dating.... ahaks!
4 comments
Dating sambil jjcm baru ngam! Hehehhe.
BalasPadamWah..berdua dengan teman sebelah..patutlah mewah..hehe suka tengok gambar sangat terang ..nampak terinspirasi juga ..
BalasPadamSetuju tu Kak Amie. Dating berdua sambil bercerita sambil mengopi. Seronok rasa hati tu. Mengopi secawan kongsi berdua pun okay dah tu.
BalasPadamSetuju. Nikmat rasanya, dapat mengopi berdua. Menarik sungguh tengok hainan kaya butter toast tu.
BalasPadam