Sup Ikan Ham Choi vs Kari Kepala Ikan
9:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setiap petang termasuk hari Sabtu dan cuti umum, para penoreh di ladang terpaksa memenuhi jadual kelas tambahan untuk calon SPM 2025. Setiap hari Sabtu mesti ada program untuk mereka. Bertabahlah rakan-rakan penoreh kerana ada yang merasakan diri mereka dibuli. Sebenarnya macam-macam kategori buli, tapi sebab penoreh getah hanyalah timun di ladang durian, jadi menggolek kena, digolek pun kena.
Kita cerita bab makan tengah hari. Akhir-akhir ini memang terpaksa makan di luar selepas balik dari ladang. Kenapa? Sebab kita ini timun.... ahaks!
Untuk kembalikan tenaga dan kegembiraan, kami singgah di Restoran Nak Sup Ikan LD. Di sini kami dapat hidangan panas dari dapur dan sudah tentulah setiap hidangan enak dinikmati. Kami memesan:
- Nasi Putih
- Chinese Tea (Panas)
- Sup Ikan Ham Choi
- Kari Kepala Ikan
- Peria Goreng Telur Masin
Sup Ikan Ham Choi & Kari Kepala Ikan |
Sup Ikan Ham Choi ini mengandungi ikan siakap dan ikan merah, dimasak bersama ham choi (sawi jeruk masin ) dan tauhu. Kuah sup nampak cantik kerana ditambah dengan tomato. Hirup sesudu dua kuahnya sudah mampu melupakan kisah timun dan durian di ladang.... ahaks!
Sup Ikan Ham Choi menggunakan dua jenis ikan iaitu ikan siakap dan ikan merah. |
Amie - Kari Kepala Ikan |
Amie pesan bahagian kepala ikan, dan goreng dahulu kepalanya sebelum 'dikarikan'. Datanglah semangkuk Kari Kepala Ikan (kepala siakap dan merah). Ada sebiji mata ikan merah! Itulah yang dicari-cari.
Bismillah. |
Peria Goreng Telur Masin |
Lain kali kalau datang ke sini hendak meratah Peria Goreng Telur Masin dan lauk ikan sajalah! Bukan apa, apabila makan dengan nasi perut penuh betul! Peria Goreng Telur Masin ini memang cukup sedap diratah begitu saja. Bukan tidak ada sayur lain, tetapi selera sudah jatuh cinta sama dia!
Chinese Tea (Panas) |
Sampai di rumah, seperti biasa meninjau-ninjau bawah pokok mangga udang. Alhamdulillah, mangga manila dari rumah jiran belakang masih menggugurkan dirinya ke rumah kami. Encik Suami kutip dan bawa masuk dapur. Semua mangga manila yang gugur memang sudah masak walaupun kulitnya masih berwarna hijau.
16 comments
Uncle undi kari kepala ikan... !
BalasPadamAmie, mengundang air liur keluar ni namanya. i rasa mcm lain je Sup Ikan tu. then satu lagi bawang putih. buat gak makan mentah2 tu. 2 biji tp pedas n pijar lidah sampai besok. idea u makan campur kicap ni mcm bagus ni. tq sharing.
BalasPadamMenu sedap belaka..syukur dapat menikmati pelbagai makanan lazat..blog indah di persada maya..tahniah
BalasPadamKesian timun ni…bertabahlah wahai timun2 sekalian kerana pahala itu insyaallah milik anda
BalasPadamOh, ham choi tu sawi jeruk masin. Sy ingatkan cara masakan sup tu. Elok pulak ada kari jugak di kedai sup ikan ni, Kak Amie.
BalasPadamSedap betul tengok mangga nan sebakul itu...nampak sedap dan segar sup ikan ham choi tu kak...lega kalau dapat hirup kan...
BalasPadamterliur pulak tengok sup ikan tu.. tak pernah boleh campur dengan sawi jeruk.. nak try gugel resepi la lepas ni.. ^^
BalasPadamMemang tak cukup masa kan tahun ni Kak, si Abang tengah2 trial pun dah mula UTQH. Semoga ada keajaiban utk anak2 Batch 08 ni. Dan terima kasih cikgu2 semua atas kerahan keringat & jasa yg tak terhingga.
BalasPadamBest la menu2 pilihan kedai ni... dapat hirup sup tu memang menyegarkan
Tak apa Amie, walaupun terasa jadi timan, lillahitaala saja insyaallah berkat tu ilmu yang diajarkan, akan dibalas kebaikannya di sana nanti. Lihat menunya... alahai sedap-sedap semuanya.
BalasPadamSup Ikan Ham Choi nampak sedapnya Kak Amie.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki banyak mangga jatuh.
Betul Kak Amie, buli ni dalam semua kategori.
Moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie dan rakan2 guru, sihat ceria selalu.
Jadi timun ni kena SYM je lah kan kak Amie. Semoga segala penat lelah berbaloi dan mendapat ganjaran kebaikan. Baiklah legakan keadaan makan dulu menghirup Sup Ikan Ham Choi. Makan sup ikan merah memang sedap. Ikan Siakap tak pernah rasa lagi kalau dibuat sup.
BalasPadamMeriah betul buah mangga manila Jiran, banyak betul tak putus-putus dia gugur ke laman rumah kak Amie. Alhamdulillah dapat juga panjangkan rezeki di ladang pula.
Alhamdulillah, ..sedap betul nampak sup ikannya tu...
BalasPadampanjang pahala jiran sebelah, sebab amie bawa ke ladang pula buah mangga nya
Sup ikannya mirip dengan sup ikan Batam. Pakai sawi asin ... Saya sukaa kalo itu. Tp kalo kepala ikan, memang tak makan, mau diapakan saja, tetap saya kasih suami 😅😅.
BalasPadamAduuuh pare masak telur asin ini saya penasaran kak 😍😍😍. Terbayang sedap. Nihlaah, kata kak ezna di Pelita nasi kandar ada jual peria goreng. Makanya saya nak coba saat NOV kesana. Walaupun bukan dimasak telur asin, tapi katanya sedap juga
Sedapnya hari-hari makan mangga manila jiran sebelah. Mata ikan merah sedap kan.
BalasPadamDana terliur tengok sup ikan tu kak, nampak tebal ikannya mesti sedap. Kari pun nampak sedap pastu peria tu alahai...
BalasPadammenariklah kak peria goreng telur masin tu...
BalasPadamnak carilah resepinya ;-)
betul betul!
kuah sup tu nampak cantik!
tak ceroi org kata ;-)