Set Linopot Ayam & Sumandak Rice with Sambal Tuhau
8:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jemput makan masakan Kadazan-Dusun bersama kami di Twenty 8 Restaurant, Seri Perdana. Amie memesan St Linopot Ikan, tetapi kata pelayan restoran stok ikan sudah habis. Yang ada hanya ayam. Oleh kerana kami sampai hampir pukul dua petang, mungkin pelanggan sebelum kami banyak yang memesan Set Linopot Ikan. Baiklah, ayam pun ayamlah. Encik suami pula memesan Sumandak Rice with Sambal Tuhau.
Amie banyak kongsikan tentang masakan Kadazan-Dusun termasuklah Nasi Linopot : Masakan Tradisional Masyarakat Kadazan - Dusun Sabah
Nasi linopot bermaksud nasi yang dibungkus. Nasi linopot dimasak dengan menggunakan beras huma atau padi bukit yang kadang-kadang disebut juga beras kampung. Ada pelbagai jenis daun yang digunakan untuk membungkus nasi ini. Antaranya ialah daun kobu, daun tintap, daun longkobung, daun toropoi, daun wonihan, daun punti dan daun timadang.
Nasi linopot juga boleh dihasilkan dengan mencampurkan bahan lain seperti keladi, labu manis, ubi kayu dan juga ubi rambat atau atau keledek. Bahan-bahan ini digaul mesra bersama nasi dan kemudian dibungkus. Lauk-pauk nasi linopot, secara tradisinya dalam hidangan nasi linopot sekurang-kurangnya ada tiga jenis lauk. Biasanya mereka memilih jumlah bilangan ganjil seperti 7 jenis sehingga 9 jenis.
Hidangan Set Linopot yang dihantar ke meja kami menunjukkan nasi dari beras huma yang tidak dibungkus tetapi dilapik dengan daun tarap.
Set Linopot (Ayam) |
Honey Lemon |
Ginger Lemon Tea |
Sumandak Rice with Sambal Tuhau |
Sumandak Rice with Sambal Tuhau didatangkan bersama dua ketuol ayam goreng, acar timun dengan tomato dan sambal tuhau.
Nasi dari beras huma. |
Set Linopot datang bersama:
- Nasi Beras Huma
- 2 ketul Ayam Goreng
- Sambal Tuhau
- Telur Masin
- Sayur Daun Ubi
- Sayur Lokio @ Losun
- Hinava
Telur Masin & Sayur Pucuk Ubi |
Sambal Tuhau |
Hinava |
Bismillah |
Ayam goreng yang dihidangkan baru digoreng, masih panas dan sudah tentunya rangup di luar dan lembut berjus di dalam. Sedap diratah, katya Encik Suami. Sambal tuhau pun sedap, tak berapa pedas, kata Encik Suami lagi.
Oleh kerana dalam Set Linopot banyak lauk dan sayuran, Amie masukkan sebahagiannya ke dalam pinggan Encik Suami.
Gambar di bawah ini Amie ambil dari entri lama: Nasi Linopot : Masakan Tradisional Masyarakat Kadazan - Dusun Sabah. Kebanyakan lauk-pauknya Amie masak berdasarkan pengalaman makan nasi linopot di beberapa tempat seperti di Kundasang dan Kota Kinabalu.
Set Nasi Linopot air tangan sendiri. |
Meriah sungguh dunia masakan!
Sebagaimana Allah jadikan manusia, bersuku-suku dan berbangsa, begitulah keunikan budayanya sehingga dapat dikongsi bersama. Masya Allah!
Nasi Linopot & lauk-pauk. |
Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah beli apple strudel dan kuih penjaram untuk minum petang. Boleh panaskan semula apple strudel dalam air fryer sebelum dijamah.
Apple Strudel |
Kuih penjaram ini Amie pernah panaskan dalam air fryer tetapi jadi lebih keras dan liat. Kalau hendak rasa lembut, eloklah dikukus. Itu cara Amie. Tak tahulah cara orang lain. Kuih ini boleh tahan sehingga beberapa hari selepas dibeli. Amie lebih suka kalau kuih ini dimakan dalam keadaan lembut, jadi kukuslah jawabnya. Kadang-kadang ketika nasi sudah mula kering dalam rice cooker, Amie letakkan di atasnya dan tutup periuk. Hasilnya, memang kuih penjaram jadi lembut.
Mangga Manila |
Tidak ketinggalan, mangga manila yang masih gugur dari pokok jiran sebelah. Alhamdulillah, rezeki datang bergolek! Hari ini dapat lapan biji.
2 comments
Warna dia macam nasik dagang kan?
BalasPadamNasi beras huma patut warnanya lain. Nampak sedap semuanya tu. Bestnya kalau ada kat Malaysia boleh try makanan sabah.
BalasPadam