Apa Ada di Di Depan dan Belakang Rumah
7:16 PGBismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin terpandang setangkai buah epal bidara terjuntai dari pokoknya di penjuru halaman rumah. Banyak buahnya di bahagian atas pokok. Sebahagiannya sudah buruk, dan sebahagian lain masih elok.
Di bawah pokok bidara ada pokok kaduk. Sayang sekali, daun-daunnya layu kekeringan. Musim kemarau?
Epal bidara layu di tangkai. |
Tiga generasi epal bidara : muda, tua, layu dan buruk. |
Nampaknya buah limau ini sudah tiba masanya untuk dipetik. |
Tak tahu apa jenis limau ini. |
Jalan ke belakang rumah. Meninjau pula pokok cili putih yang Encik Suami tanam. Sudah dipetik dan dimasak beberapa kali, tapi baru kali ini kita sempat melihat pokoknyua.
Cili putih ini sedap digoreng dengan bawang dan ikan bilis.
Daun kunyit kelihatan tumbuh subur.
Bolehlah digunakan untuk merendang.
Dulu pokok kunyit yang ditanam di depan rumah selalunya hidup segan mati tak mahu. Setelah dipindahkan ke belakang rumah, subur pula dia.
Daun kesum pun segar merimbun. Bolehlah selalu masak asam pedas. Ada pokok kantan di luar pagar depan rumah. Belum melihat apakah khabarnya, masih berbunga seperti selalu atau tidak?
Pokok halia? |
Dulu banyak pokok kencur. Entah ke mana perginya. Mungkin sudah mati sebab tidak dituai dan jarang dipeduli. Encik Suami tanam lagi dalam pasu. Kelihatan dain-daun muncul dari isi kencur yang ditanam.
Mangga manila di rumah jiran belakang rumah. |
Mangga Manila |
Kelmarin, Amie minta Encik Suami petik buah mangga udang yang matang. Kata Encik Suami, ada mangga tujuh biji di dapur. Dalam hati berkata, kenapa sampai petik tujuh biji buah mangga udang? Petik sebiji pun tiga empat hari baru habis makan.
Rupanya Encik Suami maksudkan tujuh biji buah mangga manila jatuh dari pokok jiran yang dikutip di belakang rumah.
Mangga udang bersama adik-adiknya, mangga manila. |
Mangga manila dari pokok jiran memang tidak pernah mengecewakan. Tidak ada orang di dalamnya dan rasanya lemak manis. Alhamdulillah. Rezeki kami, setiap kali mangga manila masuk ke kawasan rumah kami, jiran sudah berpesan supaya kami ambil dan makan. Semoga mangga manila jiran terus lebat berbuah.
Mangga Manila |
Sekian.
Cerita kosong di depan dan belakang rumah.
6 comments
Banyak hasilnya.
BalasPadamHaritu ada tengok menu lain selain asam pedas yg guna daun kesom di page “adikfoods”. Nampak sedap
banyaknya hasil tanaman. epal bidara tu pernah try beli. sedap rasa dia. macam makan epal jugak.
BalasPadamWahh sejuknya tangan Kak Amie sekeluarga. Semua elok hidup subur dan keluar hasilnya Alhamdulillah. Hhmm pokok2 di rumah ni, macam merajuk sebab agak diabaikan kebelakangan ni.
BalasPadamMangga udang bergandingan dengan mangga manila nampak benor beza dia.
BalasPadamSaya tanam pokok bidara kat kg tapi susah nak buah. Amie pakai baja apa. Pokok kencur buat masak pecal sedapnya.
BalasPadamSeronoknya...PZ punya mini kebun baru je dia tanam baru...belum ada nampak hasil apa2 lagi..kecali pokok bendi yang dah menjulang tinggi...best betul tengok buah mangga dan tanaman suami kak amie semua tu...
BalasPadam