Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih

8:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masak apa hari ini? 
Amie masak Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih. Pada mulanya hendak kukus dengan halia saja, tetapi tiba-tiba teringin pula hasil kukusan yang beraroma bawang putih. Pernah masak beberapa kali tapi jarang dijadikan entri. Terjumpa menu yang sama di sini: IKAN KERAPU KUKUS. Amie kukus dengan bahan tambahan iaitu minyak bawang putih.

Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih

Resipi Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap seberat 700 gram
  • 4 cm halia muda – hiris halus
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan untuk sos:
  • 10 ulas bawang putih – cincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
  2. Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.
  3. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan.
  4. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
  5. Kukus ikan selama 7 minit.
  6. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
  7. Keluarkan separuh bawang putih goreng, dan tinggalkan separuh bersama minyak gorengan.
  8. Tambahkan sos ikan,  sos tiram dan bancuhan air tepung jagung ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.
  9. Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos. Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.
  10. Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan garam / perasa pilihan - jika perlu.
  11. Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.
  12. Hidangkan panas Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih.
  13. Jika suka, taburkan lebihan bawang putih goreng, hirisan cili padi dan boleh renjiskan jus limau nipis di atasnya.
# Amie gunakan halia muda sebab hendak ratah sekali bersama ikan kukus. Begitu juga bawang putih, sengaja dilebihkan sebab hendak gaul dengan nasi putih.

Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih

19 comments

  1. Aduhai...terliur terus SA...sedapnya..nanti nak cuba buat la

    BalasPadam
  2. Menarik ni, terasa-rasa bawang putih tu, nak try jugalah.

    BalasPadam
  3. Sama plak menu kita Kak Amie!
    Sy kukus Ikan Bawal Emas ala² Chinese style malam tadi :D

    BalasPadam
  4. sedap menu tu..ada plak minyak bawang putih

    BalasPadam
  5. aduh sedapnya kak oi.. harum bau nya

    BalasPadam
  6. nak tiruuuu... dah terbayang bayang aroma ikan kukus dgn bau halia dan bawang putih.

    BalasPadam
  7. lama tak ke sini.. rindu tgk gambar makanan akak yg sedap2 ni

    BalasPadam
  8. Masakan cikgu tak pernah mengecewakan...nampak pic pun dah menggoda

    BalasPadam
  9. Saya sebenarnya suka ikan steam, tapi belum berani Nak masak sendiri kak Amie 😅. Belum confident, kalo failed sayang ikannya 🤣

    Selalunya kalo nak ikan steam begini, pasti beli lah. Memang sedap, dan sehat Krn hanya disteam.

    Pasti sedaap bikinan kak Amie ini 😍

    BalasPadam
  10. Menu ni belum pernah cuba lagi Kak Amie. Nanti kot teringin boleh cuba resipi kak Amie share ni. Terima kasih kak Amie :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe