Barakallah Fii Umrik Anakanda Fairuz

10:21 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 19 September 2023, genaplah usia anak bujang ketiga kami, Fairuz mencapai usia 22 tahun. Amie orang terakhir ucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Kesibukan dengan tugas hakiki dan mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan SPM, benar-benar membuatkan Amie terlupa.... maafkan Mommy dik!

Selepas solat isya, Encik Suami hendak bervideo call dengan anak-anak tetapi Fuad pula sedang menghadiri makan malam bersama pengarahnya. Fairuz pula sedang dalam perjalanan melepasi bukit di Kimanis menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar bekalan ikan ke Keningau. Lebih kurang pukul sembilan malam barulah kami dapat bersama-sama berkumpul secara maya. Itu pun Encik Suami meminta Fairuz berhenti dahulu di tepi jalan (di Kota Kinabalu).

Blueberry Cheese Cake untuk Fairuz.


Semoga Allah memberi keberkatan di sepanjang usiamu dik. Mudah-mudahan segala usahamu mencari rezeki dengan tulang empat kerat sentiasa disertai dengan rasa syukur. In syaa Allah bertambah rezekimu atas usaha gigih yang dilakukan.


Firdaus tukang potong kek sempena ulang tahun Fairuz. Kecil comel saja keknya, cukuplah untuk kami makan bertiga!


Mudah-mudahan tercapailah hasrat untuk berjaya dalam pekerjaan membekalkan ikan.  Banyakkan menimba ilmu dan mengumpul pengalaman. Doa Mommy dan Baba sentiasa mengiringimu. Kami sangat menyayangimu, begitu juga Abang Farid, Fuad dan Fairuz.

11 comments

  1. Beruntungnya kak Amie dikaruniakan anak2 lelaki yang baik, sopan, dan gigih dalam bekerja. Semoga doa kak amie dan keluarga untuk Fairuz dikabulkan. Semoga Fairuz mendapat perlindungan sentiasa, dipanjangkan umur dan kesehatan selalu

    BalasPadam
  2. Semoga Fairuz sentiasa berada dalam rahmatNya.

    Seronoklah Firdaus blh potong cake on behalf of abang

    BalasPadam
  3. HB Fairuz...Semoga sentiasa dalam limpah rahmat kasih sayang Allah...
    Untung jadi Daus..walaupun dalam 4 beradik hanya dia bukan dalam September kan?
    Tapi dapat jadi wakil potong kek..🤭

    BalasPadam
  4. Selamat ulang tahun Fairuz ke-22. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aamiinn...
    Macam biasa Daus wakil tuan punya birthday potong kek. hihi...Fairuz sama macam anak buah saya. Tetaplah panggil adik walaupun ada adik sorang. Sebab dari kecil dah biasa dengan panggilan adik kan.

    BalasPadam
  5. Selamat hari lahir, Fairuz. Semoga suatu hari nanti Fairuz akan jadi tauke ikan yg disegani, sihat dan sejahtera selalu hendaknya, Amiiinnnn YRA.

    BalasPadam
  6. Sanah Helwah Firdaus!
    Mudah-mudahan tercapai segala hajat dan cita²nya aamin 🤲

    BalasPadam
  7. Selamat ultah untuk ananda Fairuz. Semoga panjang umur, sehat, sukses selalu, dan bertambah soleh.

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir Fairuz.
    Semoga sihat, mendapat umur yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  9. Selamat ultah buat abang Fairuz.semoga selalu dalam perlindungan yang maha kuasa...

    BalasPadam
  10. Happy belated birthda buat Fairuz, moga sentiasa dalam lindungan yang maha ESa, dan sukses dalam pekerjaannya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe