Oleh-Oleh dari Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi

10:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jam Gadang sudah jauh ditinggalkan. Kami singgah di Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim yang terletak di P92J+RGF, Jalan Soekarno Hatta Manggis, Manggis Ganting, Mandiangin Koto Selayan, Manggis Ganting, Kec. Mandiangin Koto Selayan, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26117, Indonesia.

Randang Runtiah 

Sebaik kaki melangkah masuk, kami disuguhi oleh salah seorang pekerja di situ dengan sepiring kerepek ubi atau karupuak sanjai yang masih hangat. Istimewanya,  proses menggoreng dan membungkus di buat di sini juga. Menurut Pak Herman, empunya kedai mempunyai hasil tanaman ubi di kebun sendiri. Dahulu kami dibawa ke kedai cawangan dan dapat makan kerepek kentang yang baru digoreng. Kali ini dapat makan kerepek ubi pula.

Sepiring kerepek ubi menyambut kedatangan kami.

Kerepek Ubi @ Karupuak Sanjai
Para pekerja tekun menjalankan tugas memproses karupuak sanjai.

Ubi dihiris nipis menggunakan mesin.

Uni yang dihiris nipis tetapi bentuk memanjang.


Proses menggoreng kerupuak sanjai.


Karupuak Sanjai

Karupuak sanjai digarami sebagai penyedap rasa. Selain ada rasa karupuak sanjai biasa iaitu hanya dibubuh garam atau disebut karupuak sanjai tawa, terdapat kerepek atau karupuak saka iaitu kerepek yang disira dengan saka atau gula enau. Sejenis lagi yang sangat digemari sudah tentulah karupuak sanjai balado yang disira dengan pedas manis gula dan lada. 


Proses membuat karupuak balado.


Proses pembungkusan karupuak sanjai.







Kalamai

Menarik sungguh makanan tradisional yang ada di sini:
  • Kalamai
  • Beras Rendang @ Bareh Rendang
  • Gelamai @ Dodol @ Jenang

Beras Rendang

Gelamai

Sibuk memilih keropok, kerepek, rendang dan sebagainya.


Bahagiakan Keluarga Kita dengan Oleh-Oleh!



Sebaik keluar dari Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim, mata terus terpandang penjual buah-buah segar. Apalagi! Kami pun memborong buah-buahan pula. Amie beli dua potongan nanas dan tiga biji buah ciku.


Sudah masuk dalam van, ternampak pula penjual aiskrim. 
Ramai-ramailah kami beli aiskrim pula!


Hati-hati, dalam kotak penuh kerepek!

Karupuak Sanjai Balado Hijau ini sangat pedas seperti rasa cili padi pula. 
Tapi sedap!


Belum jumpa lagi kerepek ubi salut sambal hijau di LD.


Ada yang beli Dendeng hantung Pisang dan diratah sepanjang perjalanan.
Amie lupa apa rasanya!


Sampai di LD menyesal pula tak beli Kerupuk Jengkol @ Jering. Nano bawa ke sekolah. Sedaplah pula rasanya!


Ada lagi yang Nano kongsi makan di sekolah iaitu Klanting Getuk. Tak tahulah jenis keropok atau apa. Rasanya keras tapi apabila dikunyah dan ditelan, sedaplah pula.

Klanting Getuk

Kerupuk Jengkol @ Jering

Nano duduk di tepi tingkap van. Kita duduk sebelah Nano. Sebelum Nano naik van, kita dulu yang masuk. Kita makan nanas dan sebiji ciku. Ada dua biji ciku yang belum dimakan. Kita letak di sebelah kanan kita. Datang Nano, terus duduk hempap buah ciku kita! Van sudah meninggalkan Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim. Lenyek-benyeklah dua biji ciku kita tak boleh dimakan......huhuhuuuuu!

9 comments

  1. wow.. bestnya kalau shopping dgn geng pempuan ni... masuk kilang terus... mmg puas hati memborong

    BalasPadam
  2. Macam-macam jenis keropok ada. Rambang mata nak memilihnya. Keropok jering pun ada! Unik sungguh.

    Adeh…mujur kak Amie sempat makan sebiji ciku. Rezeki merasa 😄

    BalasPadam
  3. mesti sedap makan kerepek ubi panas-panas lagi kak sambil tgk proses pembuatannya.

    BalasPadam
  4. Macam macam karupuak ada yer...
    Dalam banyak banyak tu saya teringin kerupok jengkol..
    Eh,bahasa Minang ada juga perkataan yang sama dengan bahasa Pattani.Dalam bahasa Pattani..gula itu disebut
    " sakar" .Minang panggil "saka" yer cikgu?

    BalasPadam
  5. pelbagai sajian unik yang kita temui bila melancung ke negara orang ni kan amie, walaupun kadang-kadang sama sahaja yang ada di tanahair tapi mesti ada keunikannya tersendiri.

    BalasPadam
  6. Fav kami ni segala macam kerepek. Belinjau yg pahit tu pun sy suka sgt.

    BalasPadam
  7. Macam2 kerepek ada ye. Kalau borong kerepek di situ ada perkhidmatan bungkus kerepek supaya selamat masuk dalam kargo flight ke Kak Amie?

    BalasPadam
  8. Kita google perkataan disuguhi= dihidang/disajikan/dipelawa 😁
    Pasti sedap makan kerepek yang fresh.
    Kerepek jengkol tu nampak sedap.

    BalasPadam
  9. Jiaaaaah langsung bonyok didudukin ya kak Amie 🤣🤣.

    Ciku itu buah sawo kan ya?

    Banyak kerupuk sana yg belum saya coba tuh. Penasaran pula nak coba kerupuk jengkol 🤣😄. Saya sukaaa sangat jengkol, tapi biasa di rendang atau balado. Tak pernah pula di bikin kerupuk 🤣. Kliatannya menarik.

    Memanglah kalo ke Padang, pasti oleh2nya aneka kerupuk kak Amie 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe