Batu Malin Kundang (Versi Si Tanggang) di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat

3:31 PTG


Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingatkah cerita Si Tanggang @ Si Tenggang, sebuah cerita dongeng masyarakat Melayu yang sarat dengan pengajaran terutama sekali balasan yang diterima akibat derhaka kepada ibu kandung sendiri? Si Tanggang akhirnya bertukar menjadi batu kerana disumpah oleh sang ibu.

Di Minangkabau, dongeng ini dikenali dengan nama lain iaitu Malin @ Malim Kundang dan di Brunei dikenali dengan nama Nakhoda Manis. Bagaimanapun, ketiga-tiga nama ini hanya mempunyai sedikit versi yang berbeza namun isi ceritanya tetap sama.

Kami berkesempatan melawat Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis. Ia sebenarnya replika bentuk batu yang menyerupai manusia yang sedang sujud sebagai terjemahan dari kisah Malin Kundang berubah menjadi batu setelah sumpahan ibunya termakbul.

Gambar yang Amie ambil di tempat 'kejadian' Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis. Ketika ini air laut mula pasang, jadi sebahagian replika Batu Malin Kundang mula ditenggelami air.

Google : Batu Malin Kundang


Ketika kami sampai, cuaca panas terik. Di sepanjang laluan menuju ke Batu Malin Kundang, banyak aktiviti tepi laut sedang dijalankan. Ramai  pengunjung bermain ATVdi pantai yang berpasir halus. Memang rasa terbakar apabila berada di tepi laut ketika itu! Mujurlah ada beberapa gerai jualan topi di sepanjang laluan pejalan kaki.

Amie beli sebuah topi berharga IDR40,000. Barulah rasa selesa untuk berjalan kerana terlindung sedikit dari pancaran matahari.


Inilah replika kapal Batu Malin Kundang, dilengkapi dengan binaan kapal yang tenggelam. Setiap kali hendak ambil gambar replika Malin Kundang, Setiap kali itulah juga pengunjung lain duduk di situ mengambil gambar duduk di sisi Batu Malin Kundang. Gambar di atas, Batu Malin Kundang terlindung oleh dua orang pengunjung yang sedang bergambar.


Akhirnya dapatlah juga kami bergambar di sini, di bahagian sebelah badan kapal yang pecah tempat Batu Malin Kundang. Di sebelahnya lagi sudah dimasuki air.


Cuba perhatikan betul-betul, ada bahagian belakang tubuh sedang sujud dan itulah replika Batu Malin Kundang.

Ini bahagian kanan kapal.

Batu Malin Kundang di tengah-tengah.

Dan ini bahagian kiri kapal, ada replika  tali dan peralatan kapal yang lain.


Selesai melawat Batu Malin Kundang, sudah tentulah hendak beli oleh-oleh sebagai kenangan. Kami luangkan masa di sini untuk membeli t-shirt dan juga pakaian lain yang diminati. Nanti setelah keluar dari kawasan ini sudah tidak jumpa lagi t-shirt Pantai Air Manis Batu  Malin Kundang!


Ini merupakan tempat pertama melontar IDR!



Amie terpikat pula dengan t-shirt ini. Kainnya lembut dan sejuk. Sehelai berharga 40,000 IDR.

Selain beli oleh-oleh di replika Batu Malin Kundang, boleh juga beli oleh-oleh di gerai tepi pantai. Sayangnya cuaca yang sangat panas, membuatkan kami cepat-cepat lari masuk ke dalam van.

Sempat basahkan tekak dengan Teh Pucuk Harum yang sejuk!


Dalam versi Brunei, Si Tanggang atau Malin @ Malim Kundang dikenali dengan nama Nakhoda Manis. Dikatakan  bahawa batu yang ditukarkan daripada seluruh kapal Nakhoda Manis berserta isinya adalah Jong Batu di Sungai Brunei. 

Mana tahu suatu hari nanti berkesempatan pula melawat Jong batu di Sungai Brunei. Apa pun, cerita dongeng pelbagai versi tetapi memiliki isi cerita yang sama ini mempunyai mesej tersendiri yang hendak disampaikan iaitu:
  • Jangan derhaka kepada orang tua (ibu  bapa).
  • Sentiasa hormati dan santuni orang tua (ibu / bapa).
  • Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

17 comments

  1. Betul, yang penting kita ambil mesej cerita walaupun tak percaya batu tersebut hasil sumpahan.

    Suami saya suka minuman teh pucuk harum tu, saya sebaliknya 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dongeng zaman dahulu memang bertujuan untuk mendidik moral anak-anak.
      Ya, aroma dan rasa bunga melati itu tidak semua orang gemar.

      Padam
  2. masa pergi Padang dulu kononnya nak pergi laa ke sini. sudahnya, lepas makan menonong terus naik Bukittinggi hehehe.... melepas betul...pada hal dah dekat sangat dah masa tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Boleh datang lagi ke Padang dan singgah sini. Boleh main ATV lagi di Pantai Air Manis.

      Padam
  3. Balasan
    1. Versi Tenggang yang berbeza di lain tempat tetapi jalan ceritanya tetap sama.

      Padam
  4. oohhh... anak anak selalu tengok cerita magik dari seberang. dulu dulu ada kat tv3. lepas tu.. si abang selalu menyakat adiknya.. nak jadi malin kundang ke melawan abang. Tak tahu pulak rupanya tanggang versi Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah mewahnya rakyat Nusantara dengan cerita dongeng dan mitos dengan pelbagai versi dari cerita yang sama.

      Padam
  5. Setiap negara ada cerita dongeng yang sama cuma nama berbeza. Entah2 ada betulnya cerita tu kan, wallahualam. Baru tau versi di Brunei ialah Nakhoda Manis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebahagiannya cerita benar tetapi ditokok tambah, maklumlah cerita-cerita begini dahulu tidak ditulis tetapi hanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut. Itulah wujudnya pelbagai versi.

      Padam
  6. Saya cuma pernah lihat yg di Brunei kak Amie, pas kesana dulu dibawa oleh pemandu utk lihat bekas kapal nahkoda manis. Yg di Padang dan Malaysia kalo ada, saya malah belum lihat 😅. Kayak Manalah ini, yg jauh justru udah didatangi duluan 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh.... nanti boleh melawat di tempat sendiri. Tidak mengapa datangi yang jauh dahulu kerena sudah rezekinya ke situ.

      Padam
  7. setiap negara ada cerita yang hampir sama versi kan... tp tetap tajuk utama anak yg derhaka

    BalasPadam
  8. byk versi si tanggang ni kan tak tau mana yg betul tapi nampak real malim kundang ni

    BalasPadam
  9. Kisah yang tak pernah dilupakan. Pengajaran yang bagus untuk dijadikan teladan. Ada banyak versi rupanya.
    Kelihatan rupa batu pun kurang jelas sudah. Mungkin sudutnya berbeza nampak lain. Cuaca panas terik memang tak tahan. Haruslah kan shopping mana berkenan sebelum beredar.

    BalasPadam
  10. Kisah si malim kundang ni sama macam si tanggang kan kak amie .. sebelum ni batu tu jelas sangat..mungkin terkena air laut, ombak dan cuaca panas membuatkan bentuknya terhakis..adanyg kata ianya buatan manusia untuk tarikan pelancong bukan semulajadi..wallahualam

    BalasPadam
  11. kisah si Tanggang/Malin Kundang yang menginsafkan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe