Minum Petang dengan Empat Jenis Bingka

7:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sibuk berbelanja keperluan dapur sehingga terlajak hampir ke senja. Ketika sibuk mengemas barang dapur, tiba-tiba teringat bungkusan berisi empat jenis bingka yang dibawa pulang dari tempat kerja. Eloklah dijadikan hidangan petang sambil menikmati minuman panas.

Empat jenis bingka tersebut berharga RM20.00 seperti di bawah ini:
  • Bingka Sugee Susu
  • Bingka Ubi Kayu Cheese
  • Bingka Pulut Hitam
  • Bingka Labu Lemak


Banyak yang mengeluh kenaikan harga makanan termasuklah kuih-muih. Ada yang mengeluh harga kuih seri muka yang dibeli dengan nilai RM4.00 hanya dapat lima ketul. Barangkali kenaikan harga bahan yang menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan juga harga kuih tersebut. 

Bingka Labu lemak

Bingka Sugee Susu

Bingka Pulut Hitam

Bingka Ubi Kayu Cheese

Bagaimana harga kuih-muih di tempat rakan-rakan blogger? Masih adakah kuih harga 50 sen sekeping? Apa yang Amie rasa agak terkilan, harga kuih rata-rata naik tapi kualitinya semakin tidak terjaga. Karipap oksigen! Popia inti entah apa-apa!

Begitu juga dengan nasi kuning, biasanya harga RM4.00 sebungkus sekarang sudah naik RM5.00 - RM6.00. Lauknya hanyalah sekeping ikan saiz kecil dengan 1/4 bahagian telur rebus. Teringat zaman dahulu kala, sewaktu pertama kali jejak kaki ke LDU. Beli nasi kuning lauk sambal ikan basung harga RM1.00 sebungkus. Makan pagi kenyang sampai tengah hari!

Tengok harga sepapan telur pun dah rasa takut!

8 comments

  1. Kalau kat sini 4 potong kecil kuih seri muka dijual dgn harga RM4. Kadang2 rasa tak masuk akal jugak harga yg dikenakan tu lagi2 kalau 4 biji onde2 pun harganya RM4 jugak sebab tau harga bahan2 mentah takde la semahal tu, tapi mungkin peniaga ada alasan tersendiri kenakan harga tu. Sebagai pengguna kita kena bijak kalau rasa mahal jangan beli dan buat sendiri lagi puas hati.

    BalasPadam
  2. Bingka labu lemak tu je yang saya tau rasanya bagaimana. Lagi 3 jenis tu tak pernah jumpa.

    Baru-baru ni saya balik kampung di Batu Pahat, kuihnya masih 40 sen sebiji. Saiz sederhana dan rasanya pun sedap kena selera saya.

    BalasPadam
  3. dah naik. harga jga, tp kalu rasa sedap ok la kan cuma kadang beli rasa takda, dan keras.

    BalasPadam
  4. Masih 60 sen sebiji.
    Bingka sugee dan pulut hitam belum pernah jumpa. Menariknya.

    BalasPadam
  5. Waduh sedapnya.. Kalau makan petang dengan kopi O memang sangat kena.

    BalasPadam
  6. bingka ubi kayu cheese tu menarik nmpknya

    BalasPadam
  7. Duuuh kue bingka ya nampak sedaaap kak Amie 😍😍😍. Macam2 rasa pula yaa

    Di sinipun banyak kenaikan harga, tapiii memang tak seberapa tinggi lah.

    Apalagi di kota2 seperti solo, Jogja, atau kota di pulau Jawa lainnya kecuali jakarta, itu masih murah kak.

    Di solo aja saya masih bisa temuin sarapan seharga Rp5,000. Hanya 1 Ringgit lebih sekian sen. Kue2 masih ada yang harganya Rp1000. Tapi memang susah utk cari harga segitu di kota besar macam jakarta, Surabaya dan Medan.

    Cuma dari pengalaman saya kemarin ke Penang, memang terasa sangat kenaikan harga di sana 🤣. Untungnya keropok Lekor favorit saya masih seharga Rm1 dapat 5 hahahaha. Dah cukuplah 😄

    BalasPadam
  8. nmpk sedap semuanya..bingka pulut hitam..menarikk...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe