Ikan Jenahak Goreng Berempah

8:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah sekali Amie goreng ikan jenahak dan bubuh sedikit rempah. Beberapa hari kemudian Amie goreng lagi tetapi hanya lumur garam kunyit sahaja. Firdaus bertanya, kenapa tidak goreng seperti beberapa hari lepas, dengan bumbu rempah-rempahan. Daus suka, katanya. Jadi, Amie pun usahakan perap ikan dengan rempah sebelum digoreng. Memang suka sangatlah Firdaus makan. Disebabkan kegemarannya makan ikan jenahak goreng, setiap kali kami beli ikan jenahak, Encik Suami akan berkata : Ini ikan untuk Tuan Imam Haji Relay!

Tuan Imam Haji Relay ialah arwah bapa mentua, bapa kepada Encik Suami dan datuk kepada Firdaus. Encik Suami kata, ikan pilihan Firdaus sama seperti ikan yang digemari arwah. Arwah bapa mentua selalu pesan, kalau goreng ikan biar lembik-lembik. Sampai sekarang Amie tak pandai goreng ikan seperti yang dimaksudkan. Arwah emak mentua saja yang tahu... ahaks! Sebenarnya FIL hendak sampaikan pesan supaya goreng tidak garing atau terlebih masak. Begitu juga kalau panggang ikan atau kambing. FIL ada cara memasak berdasarkan pengalamannya menjadi tukang masak orang putih sewaktu zaman pentadbiran British di Borneo Utara.

Apabila terhidang Ikan Jenahak Goreng Berempah, tambah seleralah Firdaus makan. Berkali-kali tambah nasi dalam pinggan.

Ikan Jenahak Goreng Berempah

Resipi Ikan Jenahak Goreng Berempah
Bahan-bahan:
  • 2 kepingan ikan jenahak - bersihkan dan tos
  • minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar biji
Cara:
  1. Tuang bahan kisar di atas ikan jenahak.
  2. Tambahkan serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit, garam / perasa pilihan dan dauk kari.
  3. Gaul rata dan perap selama 10 minit. 
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
  5. Goreng ikan jenahak hingga masak.
  6. Angkat dan toskan.

    Ikan Jenahak Goreng Berempah


9 comments

  1. goreng berempah mcm tu konpom berulang2 makan nya tu kak hehehe.. sedap!!

    BalasPadam
  2. Sedap bila ikan dibubuh rempah begini. Mak pun ajar begini tapi kalau rajin je buat. Biasanya malas, goreng garam kunyit je 😅

    BalasPadam
  3. wahhh memang sedap ikan digoreng dgn bumbu mcm tu hehe

    BalasPadam
  4. Sedapnya nampak.Apa lagi makan panas- panas .

    BalasPadam
  5. Sedaaaaaap, ini ingetin ikan goreng yg mama sering bikin dulu 😍😍😍. Apalagi kalo dimakan dengan sambal kecap, lebih sedap kak ❤️

    BalasPadam
  6. Terbayang kesedapan cara masakan arwah ayah mentua kak Amie tu. Rupanya kegemaran Firdaus sama seperti arwah atoknya. Masak dengan garam kunyit pun dah sedap, inikan dengan rempah ratusan yang lain. Berseleralah Daus makan.

    BalasPadam
  7. Nampak sedap ikan jenahak berempah..SA suka masak macam ni..sedap..wangi bau daun kari dan rempah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe