Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI
7:26 PTGSebelah petangnya pula menghadiri in house training untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Seorang rakan guru PJK naik pangkat menjadi penolong pegawai pendidikan daerah, jadi tiada guru pengganti. Mata pelajaran PJK yang diajarnya dibahagi-bahagikan kepada lima orang guru yang bukan opsyen PJK termasuklah kita. Mudah-mudahan kami dapat ilmu baharu untuk diaplikasi dalam kehidupan. Belek-belek buku teks PJK, banyak sangat info terkini tentang dunia kesihatan yang kami tidak ikuti atau terlepas pandang.
Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI. |
Ikan bilis segar ini kami beli di Eco Fresh Sri Perdana. Sekilogram berharga RM8.00. Biasanya ikan bilis segar begini sedap dijadikan 'kilau'. Boleh makan dengan nasi atau putu. Tapi Encik Suami minta goreng dengan tepung. Kita pun gorenglah dengan tepung BESTARI tapi tambah beberapa bahan lain.
Nasi goreng ini Amie tambahkan perencah Nasi Goreng ADABI. Bahan perencah lain untuk memeriahkan nasi goreng termasuklah kacang panjang, lobak merah dan jagung. Kita memang suka masukkan kacang panjang lebih sikit. Oleh kerana terlupa hendak jadikan telur sebagai perencah, jadi Amie dadarkan saja telur jadi rakan kongsi ikan bilis goreng sebagai peneman nasi goreng.
Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI & Telur Dadar |
Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI |
Resipi Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI
Bahan-bahan:
- 500 gram ikan bilis segar - bersihkan - tos
- 1 cawan tepung BESTARI
- 5 helai daun ketumbar jawa - hiris
- minyak
- garam / perasa pilihan
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 1 cm halia
- Gaul ikan bilis dengan bahan kisar, daun ketumbar dan garam / perasa pilihan.
- Lumurkan dengan tepung BESTARI.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
5 comments
Terserlah kesegaran ikan bilis tu..lutsinar kemeraha & mata masih bersinar.pasti manis dan segar juga isinya.
BalasPadamKat sini ada juga jual di labelkan sebagai " Bilis Tembaga" tapi dah pecah la perutnya.Cuma sesekali teringin beli la juga ...
Tepung Bestari ini mungkin tepung serbaguna kalo di Indonesia ya kak. Yang untuk gorengan kan yaa. Saya nak coba buat ikan bilis goreng ini. Dulu rasanya mama sering buat, zaman kami kecil. Tapi dulu saya tak suka ikan. Ntah kenapa setelah besar baru mulai rasa suka 😁
BalasPadamFavourite nasi goreng letak kacang panjang. krup krap krup krap rangup. Lama juga tak masak nasi goreng guna perencah nasi goreng. Ikan kecil-kecil ni goreng tepung, rangup betul.
BalasPadamIkan bilis segar goreng tepung, mesti krup krap krup krap bila dikunyah.
BalasPadamNi mesti sedap krup krap bila masuk mulut ni...dh la segar plak tu..
BalasPadam