Makan Nasi Lauk Pangek Cubadak dan Talua Barendo di Pongek Or Situjuah

12:03 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke rumah makan untuk menjamu selera di tengah hari, Pak Rajaab asyik bercerita tentang pangek. Apabila kami sampai ke rumah makan tersebut, terpampang perkataan "PONGEK" dan bukannya pangek. Rupanya "PONGEK" adalah salah satu teknik memasak yang biasa dilakukan ibu-ibu rumah tangga di Sumatera Barat. Sebetulnya istilah yang lazim adalah pangek, tapi dalam dialek lokal Payakumbuh, kota yang terletak 125 km di utara Padang, disebut dengan pongek. Sumber rujukan :
PONGEK SITUJUAH.

Pangek Cubadak (Gulai Nangka Muda) merupakan lauk khas orang Payakumbuh dan Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat. Pangek cubadak ini sangat terkenal di daerah Situjuah. Pangek ini terbuat dari nangka muda dan memerlukan waktu yang cukup lama ketika proses memasaknya dengan menggunakan santan, perencah bumbu gulai seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, daun kunyit, lengkuas, belacan, serai, ketumbar, buah keras, daun limau dan seumpamanya. 

Pak Rajaab mencadangkan kami untuk mencuba Talua Barendo. Setelah melihat Talua Barendo yang disajikan rupanya ia sejenis telur dadar tetapi bahagian tepinya kelihatan seperti renda dan rangup! Jadinya, Talua Barendo bermaksud Telur Berenda!

Talua Barendo

Rumah Makan Pongek "Or" Situjuah


Sebelum itu kami terlebih dahulu solat jamak di Masjid An-Nur yang terletak di Nagari Piladang Payakumbuh.

Abadikan Masjid An-Nur yang cantik di sini.
Kami banyak melihat masjid yang cantik-cantik sepanjang perjalanan di sini.

Pongek 'Or' Situjuah di Jalan Khatib Sulaiman.

Sekarang sudah boleh bezakan maksud pongek dan pangek!


Kawasan rumah makan di sini agak luas. Ada yang memilih tempat makan di tepi sawah dan ada yang duduk di dalam rumah makan di bahagian dalam yang dikelilingi kolam ikan.

Pemandangan sawah padi nan menghijau.

Setiap seorang akan disediakan mangkuk kecil berisi air basuh tangan. Kalau tak puas cuci tangan dalam mangkuk, bolehlah cuci di singki yang disediakan di belakang tempat Nano berdiri itu.

Tempat makan di kelilingi kolam ikan.
Seperti rumah makan yang lain, Pongek 'Or' Situjuah juga menyediakan kemudahan bilik air dan surau untuk solat.







Masakan Padang memang sungguh meriah! Pelbagai jenis dan tidak terkira jumlahnya. Semuanya nampak sedap dan membuka selera.



Talua Barendo yang baru diangkat dari kuali sudah sampai ke meja kami!

Bismillah.

Ada juga lauk-pauk yang tak tahu namanya, tapi habis kami makan!

Ikan Nila @ Talapia Bakar

Ada sambal, ada ayam, ada rendang juga.


Ada sayur pucuk ubi, sambal hijau dan tak tahu daging masak apa yang terletak di tengah-tengah berhadapan dengan sambal hijau.






Jom tengok pangek @ pongek. Yang terletak di tengah-tengah tenggek di antara dua piring lauk itulah pongek atau gulai nangka muda @ cubadak. Sebelah bawah pangek itu gulai ikan nila, dan sebelah lagi nampak unik betul, nangka muda goreng, ada kacang panjang dan ditambah sambal. Nano sempat belek-pelek, katanya ada jering!

Nampak pekat dan agak kering pangek @ pongek @ Gulai Nangka Muda @ Cubadak. Cantik kejadiannya, dan sudah tentulah rasanya sedap!

Talua Barendo yang tak dapat dilupakan! Nanti kena cuba goreng di dapur sendiri.

Teruskan menjamu selera.
Makan nasi dengan Talua Barendo pun sudah cukup enak!


Keadaan di dalam rumah makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan.

Hampir selesai makan!
Nampaknya piring-piring lauk hampir licin. 
Kami meratah lagi mana yang masih ada.

Ada pelbagai jenis kuih dan manisan. 
Aduhai... tak buat catatan pula nama kuih ini padahal kita sudah tanya pekerja di rumah makan ini!


Alhamdulillah. Semoga bumi Sumatera terus subur, aman dan makmur!

5 comments

  1. Bestnya dapat jalan-jalan tempat mcm ni sambil belajar budaya tempat tu 🥰 jalan-jalan cari makan. View pun cantik.

    BalasPadam
  2. Talua barinda tu ada iras-,iras telur dadar viral RM13 tu la..Nampak sedap

    BalasPadam
  3. Bahkan lauk di sana banyak yg tak dijual di rumah makan Padang di jakarta sini kak. Kalo Talua barendo untungnya ada. Tapi kayak pongek nangka tuh tak ada. Makanya memang menikmati masakan padang lebih mantap di kota asalnya langsung 😄

    BalasPadam
  4. kt KL ada Kpg Chubadak...ooo..maknanya buah nangka...menarik menu nasi padang di sana...authentic....sedap2 semuanya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe