Masjid Raya Sumatera Barat : Basandi Syarak - Syarak Basandi Kitabullah

5:52 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari pertama di Padang, kami terpesona dengan pemandangan laut yang cantik walaupun hanya melihat dari tingkap van yang dipandu oleh Pak Raajab. Mahu rasanya duduk-duduk di atas batu di tepi laut menikmati keindahannya, mendengar debur ombak yang memukul kaki pantai. Namun begitu, mengenangkan panas terik maka kami simpan sahaja hasrat tersebut dari disuarakan kepada Pak Herman mahu pun Pak Raajab. Cuaca cerah sepanjang hari, tetapi apabila mendongak ke langit biru dengan helaian nipis awan putih bak sutera, itu sudah cukup memberi isyarat bahawa hawa panas tiada ampunnya!

Pak Raajab memberhentikan van di hadapan Masjid Raya Sumatera Barat yang terletak  di Mukim Padang Utara, Padang, Sumatera Barat di dalam kawasan seluas 12 hektar di persimpangan Jalan Khatib Sulaiman dan Jalan Ahmad Dahlan.

Masjid Raya Sumatera Barat

Masjid Raya Sumatera Barat merupakan masjid terbesar di Sumatera Barat dan masjid kedua terbesar di Pulau Sumatera. Sudah tentu para pengunjung akan tercari-cari di mana kedudukan kubah masjid ini. Tidak ada bentuk kubah di masjid ini melainkan kelihatan bumbungnya seperti Rumah Gadang atau lebih menyerupai rumah adat Minang. Hal ini merupakan gambaran kewujudan falsafah Basandi Syarak-Syarak Basandi Kitabullah yang bermaksud adat yang bertonggakkan syariat agama Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis.


Dengan memiliki bentuk seperti Rumah Gadang, dan pada bahasa Minang disebut sebagai Surau Gadang Minangkabau,  bumbung pada masjid tersebut mencerminkan empat sudut kain yang digunakan empat suku kaum di Mekah ketika  memindahkan batu Hajar Aswad. Bentuk bumbung itu juga dimaksudkan untuk melambangkan kain yang dipegang di sudutnya oleh empat ketua suku kaum Quraisy untuk mengangkat Hajar Aswad. Masjid Raya Sumatera Barat yang terdiri daripada tiga tingkat ini boleh memuatkan sekitar 20,000 orang pada satu-satu masa.


Kami hanya berada di bahagian luar masjid dan berlindung-lindung di bawah pokok mencari teduhan dari panas terik matahari. Boleh saja masuk melawat di bahagian dalam masjid yang tidak bertiang di bahagian tengahnya, dan tunaikan solat. Gambar di atas ialah menara setinggi 85 meter. Para pengunjung boleh naik ke menara menggunakan lift pada ketinggian 44 meter. Dari situ pengunjung berpeluang menyaksikan pemandangan sekitar kota Padang.



Dinding masjid ini sarat diukir dengan kaligrafi dan hiasan khas adat Minang. 
Memang sungguh unik dengan identiti Minang.

Bergambar kenangan buat kali kedua menjejakkan kaki ke Masjid Raya Sumatera Barat.

Google : Masjid Raya Sumatera Barat.

Google : Menara bersebelahan Masjid Raya Sumatera Barat

Sinaran matahari bertambah terik. Perut pun sudah berkeroncong. Letih dan lapar bercampur jadi satu. Marilah kita cari rumah makan pula!

Selepas melawat Masjid Raya Sumatera Barat, sempat lagi singgah posing-posing di sini.


8 comments

  1. Unik juga bila binaan masjid begitu. Sekali pandang maca muzium pula.

    BalasPadam
  2. suka tgk gambar yg ada reflection kat air tu. unik senibina masjid ni

    BalasPadam
  3. memang unik betul dia punya rekabina tu kak, terutama bumbung dia tu

    BalasPadam
  4. Kak Amie dah sampai sana pula, saya trakhir ke Padang, mesjid ini belum jadi lagi. Jadi tak sempat memang lihat arsitekturnya apalagi bagian dalam. Nanti kalo ke Padang, pasti saya singgahi, nak sholat di dalam ❤️

    BalasPadam
  5. Unik, cantik dan indah sungguh binan masjid tersebut..SA mati- mati ingat rumah adat..hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe