Bika Talago : Kue Neraka Rasa Syurga

11:36 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Makanan cemilan yang sudah pastinya tidak dapat kami lupakan tentunya Bika Talago atau disebut Pak Herman sebagai Kue Neraka Rasa Syurga! Boleh baca entri tentang Bika Talago 2017 di sini: BIKA TALAGO BUKIT TINGGI YANG TAK DAPAT DILUPAKAN!


Ketika kami tiba di sini, hari sudah hampir senja. Kami dengan sabar menunggu giliran bika siap dibakar. Aroma bika dari adunan tepung beras, parutan kelapa, santan dan gula bersatu menerbitkan aroma yang cukup menggoda. Ada dua jenis adunan iaitu adunan biasa dan adunan pisang. Namun ketika kami sampai, yang tinggal hanya adunan biasa sahaja. Adunan pisang lebih sedap, tetapi daripada tidak merasa langsung, dapat adunan original pun sudah syukur Alhamdulillah.


Bahan bakar bika sudah tentunya menggunakan kayu manis. Kulit kayu manis dikupas untuk dijadikan 'kulit kayu manis' dalam masakan, sementara kayunya dijadikan bahan bakar.

Batang kulit kayu manis yang masih 'berkulit'.


Kuih bika dibakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Itulah barangkali yang disebut 'kue neraka'. Belanga di bahagian bawah berisi bara api, di bahagian atas pula bakaran kayu manis.



Sempat mengintai kue bika yang sedang dibakar.

Sabar menanti!

Oleh kerana hari sudah mulai gelap, jadi sebaik sahaja kue bika diangkat keluar dari tempat bakaran kami pun terus bawa masuk ke dalam van. Kue bika ini memang seharusnya dimakan ketika masih panas untuk menikmati betapa enak dan gurih rasanya!

Gambar bika yang diambil di dalam van tidak jelas seperti di bawah ini.


Jadi Amie kongsikan gambar kue bika dari entri yang lepas (2017) :

Bika Talago Pisang

Bika Talago Original

Ada sesuatu yang tiba-tiba kami sedari sewaktu makan Bika Talago. Dulu saiznya agak besar, tetapi senja itu saiznya lebih kecil dan sekadar dua hingga gigitan sahaja. Harganya tetap sama!

Nampaknya kenaikan harga, tidak kira apa jenis barangan, makanan atau perkhidmatan semuanya sudah bertaraf kayangan! Bukan di negara kita sahaja kan.

12 comments

  1. Betul, seluruh dunia sedang hadapi kenaikan harga barang dan kekurangan sumber makanan :(
    Mesti aromanya pun harum ye Kak Amie... kayu apinya dari kayu kayangan ahak!

    BalasPadam
  2. Nilai duit semakin menyusut, saiz makanan pun semakin mengecil

    BalasPadam
  3. Ohh macam tu dibakar. Terasa2 kat tekak la pulak bila ni. Hhmm masuk list. Thanks for sharing sis Amie.

    BalasPadam
  4. mesti sedap ni... punchline pun dh catchy... kueh neraka rasa syurga... hehehe

    BalasPadam
  5. Oh..namanya Bika Talago..
    Pernah makan kuih tu kat masa ke Bukit Tinggi dulu..tapi tak tau nama..Beli pun kelam kabut sebab masa sampai tu hujan lebat.
    Rupanya nama Bika Talago..TQ infonya

    BalasPadam
  6. sekali tengok macam akok. macam serabai pun ya. tapi confirm rasa pasti lain... gigih betul penjual kuih ni...

    BalasPadam
  7. mesti harum bau nya masak di masak kan kak

    BalasPadam
  8. Haissssh saya rindu bila Talago iniiiii 😄😄😍😍. Dulu pernah coba sekali. Saya menyesal underestimate sangat. Karena bentuknya biasa saja, saya pikir rasanya pun biasa. Tetap saya beli tapi tak banyak. Yg rasa pisang.

    Ternyata sedaaaap 🤣🤣😍😍. Dan bis sudah terlanjur jalan, jadi tak bisa minta balik nak beli lagi 😂

    BalasPadam
  9. Makan panas-panas sedap tu. Berbaloi menunggu. Nampaknya bukan di Malaysia je harga makanan naik, di sana pun sama juga situasinya.

    BalasPadam
  10. Betul kak amie, satu dunia mengalami masalah ekonomi...entah la x tahu dimana silapnya..yang nyata ramai yang terkesan..jangan sampai makanan pun terpaksa dicatu nanti

    BalasPadam
  11. nampak sedap...mcm masak kuih bahulu cara tradisional, tapi yang ni guna api besar..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe