Goreng Kerupuk Keriting Palembang dengan Minyak Hangat Kemudian Pindahkan ke dalam Minyak Panas

10:44 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat kawan-kawan memilih Kerupuk Keriting Palembang, kita pun ikut sama. Banyak sangat jenis keropok sampai tak tahu hendak pilih yang mana satu. Kami membeli oleh-oleh dari:

Toko Kerupuk & Kemplang
SUWANDI JAYA
Jl. Letkol Iskandar No. 761 B,
Palembang, Sumatera Selatan.

Kali pertama goreng di sebelah pagi, kerupuk rasa keras tak boleh dikunyah. Di sebelah petangnya pula, cuba goreng sekali lagi. Sama saja. Firdaus siap pesan kepada Encik Suami : Baba jangan makan keropok yang Mommy goreng. Keras macam batu.

Tanya kawan-kawan yang beli keropok yang sama. Rupanya kena goreng dua kali. Sediakan dua buah kuali. Satu kuali untuk minyak hangat (api kecil) dan satu kuali lagi untuk minyak panas.

Firdaus yang suka sangat makan keropok tidak sabar-sabar untuk menggorengnya setelah melihat video cara menggoreng keropok tersebut. Dia sendiri mengajak Encik Suami untuk goreng keropok itu. Ambil sekeping kerupuk keriting dan celup sebentar sahaja ke dalam minyak hangat dan kemudian pindahkan ke dalam minyak panas.

Kerupuk Keriting Palembang yang sudah digoreng.

Kerupuk Keriting Palembang yang belum digoreng.


Susunan pelbagai jenis keropok di salah sebuah kedai keropok yang kami singgahi di Palembang.

Kerupuk Keriting ini dikenali juga dengan nama Kerupuk Kembang @ Bunga.

Pagi ini Firdaus ke padang di taman perumahan bermain bersama Khalid. Tentu seronok sangat kalau sampai rumah, sudah tersedia Kerupuk Keriting Palembang yang disukainya itu. Sebelum ini sudah goreng beberapa kali, tetapi tukang gorengnya Firdaus, sambil ditemani Encik Suami. Apabila kita cuba goreng sendiri, memang perlukan si mambang untuk temani kita! Entah sedang buat apa si mambang di Tanah Jauhar sanun.

Sesungguhnya kena sabar untuk menyiapkan gorengan Kerupuk Keriting Palembang ini. Goreng sekeping dalam minyak hangat, kemudian pindahkan ke dalam minyak panas. Sudah kembang elok, barulah angkat. Masukkan lagi sekeping ke dalam minyak hangat, dan seterusnya!

Namun, berapalah sangat kesabaran diri ini jika dibandingkan dengan insan dalam gambar di bawah ini.


Gambar ini Amie rakam dari jauh ketika kami melawat Masjid Agung Palembang @ Masjid Sultan Mahmud Badaruddin Jayo di Kota Palembang, Sumatera Selatan. Ketika Amie menghampirinya, mungkin terdetik di hatinya Amie ingin membeli keropok dagangannya iaitu kerupuk kemplang.


Dia berdiri tegak tidak bergerak tetapi matanya memerhatikan sahaja Amie mengambil gambarnya.


Kita hulur IDR kepadanya, dan sangkaannya Amie hendak beli sebungkus keropok yang dikandar itu. Amie gelengkan kepala sambil mengucapkan terima kasih  dan terus berlalu meninggalkannya.

Penjaja Kerupuk Kemplang

Hari ini kita kongsi dua jenis keropok dari sekian banyak jenisnya di Palembang iaitu:
  • Kerupuk Keriting - diperbuat daripada campuran ikan laut seperti ikan sardin, tepung ubi kayu dan tepung beras.
  • Kerupuk Kemplang - diperbuat daripada ikan tenggiri dan ubi kayu. Boleh digoreng atau dipanggang.
Agaknya disebabkan ada tambahan tepung beras dalam adunan kerupuk keriting, jadi perlu digoreng sampai dua kali untuk menjadikannya kembang. Uniknya! 

11 comments

  1. Iya kak memang menggoreng kerupuk ini ada dua kali, kalo enggak bantat atau keras😀kalau kemplang lebih harum yg di panggang, kasihan memang melihat tukang kerupuk keliling ini..

    BalasPadam
  2. Kena goreng 2x ye ...
    Tak sabar pula nak tengok rupa keropok kemplang... Musykil juga bagaimana rupanya sebab boleh dipanggang 🤔

    BalasPadam
  3. uishh... ada juga keropok yang kena goreng dua kali.
    Pasti sedap tu sampai sanggup Firdaus goreng sendiri.

    BalasPadam
  4. Ada juga kena goreng 2 kali. Minyak hangat maknanya kena pasti kan tidak terlalu panas.
    Jenuh juga untuk goreng satu-satu.

    BalasPadam
  5. ohhhhh ada caranya ye kak, kita ingat goreng biasa mcm kita goreng keropok keping atau opak, kene buat 2kali penggorengan

    BalasPadam
  6. Mencabar juga nak menggoreng kerupuuk kerinting ni ye. Kena ada caranya yang betul baru menjadi tak keras macam batu bak kata Firdaus.
    Semoga penjual tersebut tetap sabar berusaha dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiinn...

    BalasPadam
  7. nak goreng je pun tapi rasa...mencabarnya!!!

    BalasPadam
  8. Ada juga cara harus di jemur di terik matahari dulu kak. Baru setelah itu digoreng. Itupun bisa, kalo tak nak goreng 2x ☺️. Makanya saya jaraaang goreng kerupuk. Kecuali kerupuk udang, yg bisa langsung digoreng saat itu juga. Tapi jenis kerupuk lain, macam kerupuk Palembang, rengginang dll, hrs dua kali goreng, atau jemur sekali baru goreng 😁

    BalasPadam
  9. mmg unik la kena goreng 2 kali. besar betul Kerupuk Kemplang tu

    BalasPadam
  10. Unik..menarik dan buat diri ini terasa ingin mencuba keropok tu kak..mesti sedap ni kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe