Nasi Goreng Daging

8:13 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.
Sarapan apa pagi ini?
Jom nikmati Nasi Goreng Daging bersama-sama.


Nasi Goreng Daging

Cerita tentang nasi goreng, Amie suka sangat bubuh kacang panjang. Aromanya sungguh menggoda ketika sedang digaul dalam kuali. Ditambah pula dengan lobak merah dan hirisan cili padi, semakin tak sabar untuk masukkan dalam pinggan!


Lengkapkan dengan keropok papadom.


Dan tambahkan ulaman seperti timun, tomato ceri dan cili hijau.

Nasi Goreng Daging nampak warna kuning sebab Amie gunakan minyak bekas goreng ayam. Ada warna kunyit!

Resipi Nasi Goreng Daging
Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi putih sejuk
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah empuk direbus
  • 1 cawan hirisan kacang panjang
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 7 tangkai hirisan cili padi
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar cincang
  • 4 sudu besar minyak bekas gorengan ayam
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu kekuningan.
  2. Masukkan cili padi, daging, lobak merah dan kacang panjang. Besarkan api.
  3. Setelah kacang panjang berubah warna, masukkan nasi putih.
  4. Gaul rata dan biarkan seketika.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

7 comments

  1. Sedap nasi goreng
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Eh, sama kita... org Gombak pun masak & makan nasi goreng juga :)
    Sy buat nasi goreng cili kisar + telur. Lepas ni nak hidang dgn ulaman mcm Kak Amie juga. Boleh? Hehe ...

    BalasPadam
  3. Sedapnya, nasi goreng daging! Saya sarapan nasi dan lauk semalam, hangatkan semula. :)

    BalasPadam
  4. Wah cedapnya nasi goreng daging .Makan sambil gigit cili padi hijau dan kunyak kerupok sebagai pelengkap

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi goreng makan dengan papadom.

    BalasPadam
  6. Terus rasa lapar nampak nasi goreng. Cie suka makan nasi goreng dengan keropok goreng :)

    BalasPadam
  7. Selama ini tak pernah pula pakai kacang panjang saat buat nasigoreng. Nanti saya nak coba lah, sukaaa kalo memang wangi ❤️

    Selama ini sayuran utk nasi goreng hanya daun bawang dan seledri, wortel atau kobis sedikit 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe