Snow Skin Mooncakes Inti Lotus 15 Perasa

9:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tiga hari lepas, Amie beli beberapa biji kuih bulan snow skin. Sekarang ini banyak jenis kuih bulan yang halal boleh didapati di pasaran. Kebetulan pula tidak lama lagi akan tiba Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.  Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih ini diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. 

Snow skin mooncake dikenali juga sebagai ice mooncake dan snowy mooncake atau disebut sebagai bulan kulit salji, kuih bulan kulit ais, kuih bulan bersalji, atau kuih bulan kristal ialah kuih bulan yang tidak dibakar dan berasal dari Hong Kong. Snow skin mooncake diperbuat daripada tepung beras dan tepung pulut yang dikukus dan menghasilkan kulit yang lembut dan kenyal seperti kuih mochi.

Kuih bulan yang Amie beli tidak sempat dimakan pada hari yang sama. Bentuknya kecil, warna-warni dan cantik. Encik Suami pula menambah koleksi dengan membeli lagi beberapa biji di kedai yang sama. Kesemuanya berinti lotus atau adunan biji teratai dan dibalut sempurna dengan pelbagai perasa seperti durian, blueberry, green tea dan sebagainya.

Petang tadi, sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus balik dari latihan choral speaking, Amie keluarkan kesemua kuih bulan  snow skin dari peti sejuk. Wah, ada 15 biji kuih bulan snow skin yang comel-comel! 

15 biji snow skin mooncakes inti lotus pelbagai perasa.

Cantiknya!

Sebelum ini biasanya kami makan kuih bulan jenis tradisional yang mengandungi isi lotus dan kuning telur itik masin.


Snow Skin Mooncakes Inti Lotus 15 Perasa:
  • Durian Lotus
  • Peach Lotus
  • Blueberry Lotus
  • Osmanthus Lotus
  • Portuguese Custard Lotus
  • Green Tea Lotus
  • Honey Osmanthus Lotus
  • Peppermint Lotus
  • Red Date Lotus
  • Pu Er Lotus
  • Tiramisu Lotus
  • Chocolate Lotus
  • Yuzu Lotus
  • Dragon Fruit Lotus
  • Cheese Lotus






Pu Er Lotus

Peppermint Lotus

Yu Zu Lotus

Honey Osmanthus Lotus

Tiramisu Lotus

Cheese Lotus

Peach Lotus

Red Date Lotus

Osmanthus Lotus

Dragon Fruit Lotus

Chocolate Lotus

Durian Lotus

Blueberry Lotus

Portuguese Custard Lotus

Green Tea Lotus


Setelah selesai ambil gambar, Amie cuba susun kuih bulan bersama rama-rama. Amie letakkan di hadapan pintu. Sukanya Firdaus melihat kuih bulan yang kecil comel menyambut kepulangannya!

Nampak macam banyak apabila disebut 15 biji kuih bulan. Padahal kecil saja bentuknya. Sebiji kuih bulan itu dua tiga kali gigit saja terus lenyap masuk perut!

10 comments

  1. Cantik nyaaa. sayang nak makan ni Amie.

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah cantiknya...
    Kena pula dengan rerama
    aneka flavour...

    BalasPadam
  3. Cantiknya, sayang nak makan. Kami suka moon cake, di KL, Selangor byk lagi pilihan.

    BalasPadam
  4. Rajin Kak Amie susun satu persatu dan ambil gambar kuih² bulan ni :D
    Sy pernah makan kuih bulan, tapi bukan kegemaran sy jadi tak pernah repeat beli...

    BalasPadam
  5. Wow..cantik-cantik warnanya kak..menggemaskan..sayang kalau di makan😀

    BalasPadam
  6. Comel berwarna-warni 😍 Saya tak terbeli lagi kuih bulan. Suka kuih bulan yg snow skin tu.

    BalasPadam
  7. cantiknya kak, sayang lak nk makan. Ini kalau adik2 dana nampak mesti suka mereka peminat kuih bulan

    BalasPadam
  8. Aisssshhhh susah sangaaat cari kue bulan halal yg enak di sini kak Amie 🤤.

    Saya pun suka kue bulan. Dulu saat masih kuliah stayed dengan Chinese family di Penang, mereka sering bagi kue bulan halal untuk saya. Sejak itu sukaaa sangat. Apalagi kalo isi telur Masin. Tapi itulah di jakarta banyak yg jual, tapi mostly tak halal.

    Ada yg halal, tapi saya belum ketemu yg sedap 😵‍💫.biasa pula tuh bentuknya. Ini cantik2 sangat 👍

    BalasPadam
  9. Rasanya ini jenis snow moon cake. Ia macam mochi tapi bentuk cantik macam kuih bulan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe