Makan Lele Goreng Cianjur di Pecel Lele Simpang President di Kota Bukit Tinggi

9:46 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita jalan-jalan cari penat diteruskan lagi. Memang penatlah sebab dari 25 Ogos hingga 26 Ogos belum berehat dan luruskan kaki. 25 Ogos, Jumaat dari pagi ke sekolah, dan balik waktu tengah hari untuk bersiap menuju ke Lapangan Terbang Tawau. Terbang ke KLIA2 dan mendarat lewat malam kerana penerbangan terlewat dari Tawau. Berehat seketika di surau dan bersiap lebih kurang pukul tiga pagi untuk persediaan daftar masuk ke penerbangan KLIA - Padang. Sampai di Padang pada pukul 7:45 pagi sehinggalah ke malam meronda Kota Padang! Akhirnya singgah makan di Pecel Lele Simpang President sebelum daftar masuk ke tempat penginapan.

Pecel Lele Simpang President ini letaknya di Jl. Veteran No.170, Puhun Tembok, Kec. Mandiangin Koto Selayan, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26124, Indonesia.

Antara makanan yang ada di sini termasuklah nasi putih dan nasi uduk. Pilihan lauk-pauknya tidak banyak. Hanya ada ikan lele, ayam dan ikan nila @ talapia. Malam itu hanya ada ikan lele dan ayam sahaja.

Pilihan minumannya pelbagai. Ada campuran buah-buahan juga. Kami memesan jus sirsak @ durian belanda dan jus limau. Harganya pun mampu bayar iaitu sekitar IDR10,000 lebih kurang RM3.00. Untuk minuman seperti jus, kami bayar sendiri. Bayaran makanan ditanggung oleh Pak Herman.



Istimewanya di rumah makan, biasanya disediakan sekali mangkuk kecil berisi air cucian tangan. Kalau rasa tak puas cuci tangan di mangkuk, boleh pergi ke sinki dan cuci tangan dengan sabun. Sudu dan garfu turut disediakan. Jadi kalau tidak mahu makan dengan tangan pun boleh. Gunakan sahaja sudu dan garfu.

Sesuai dengan nama rumah makan Pecel Lele Simpang President, memang banyaklah ikan lele @ keli di sini. 

Ikan Keli Goreng.

Ikan Keli Goreng.

Ayam Goreng

Hati & Ampela Tusuk

Ayam Goreng

Tempe

Petai

Sabar menanti makanan yang dipesan.

Bismillahirrahmanirrahim.


Antara lauk-pauk yang dipesan.


Cah Kangkung

Tempe Potong & Telur Masin

Telur masin nan sebutir itu Amie bawa untuk dimakan dengan nasi. Sebenarnya ada beberapa butir lagi telur masin yang di bawa. Kami minta pelayan rumah makan belahkan telur tersebut.

Oh ya! Amie memesan Lele Goreng Cianjur. Menurut pelayan rumah makan, Lele Goreng Cianjur itu ialah ikan lele digoreng dengan telur. Teruja hendak tahu bagaimana rupa dan rasanya, Amie pun memesan satu porsi Lele Goreng Cianjur. Harga satu porsi IDR20,000 tidak termasuk harga nasi putih.

Inilah rupa Lele Goreng Cianjur. Ikan lele goreng dibungkus dengan telur dadar goreng.

Lele Goreng Cianjur ini didatangkan bersama sambal. Ikan Lele Goreng cukup garing, dan telur dadarnya pun digoreng garing.

Sari Jeruk Murni - IDR10,000.

Sirsak @ Durian Belanda - IDR10,000.

Sewaktu menyuap nasi ke mulut serasa hendak tertidur-tidur pula! Selesai makan memang kami tidak sabar untuk terus daftar masuk ke tempat penginapan di Bamboosa Guest House.

9 comments

  1. Karena lele goreng banyak dijual di mana2 Indonesia, jadi saya masih bisa tahan liat godaan si lele cianjur itu 😄. Biasanya sambel yang membedakan antara pecal Lele yg satu, dengan yg lain. Ada juga yg sambalnya pakai campuran kacang.

    Tapj lihat jus murni jeruk dan sirsak itu yg tempting sangat 🤣😍😍😍. Apalagi kalo komposisi antarabair dan buahnya pas, pasti segaaar 🤤.

    BalasPadam
  2. Penat betul tu...dua hari tidak tidur..
    Oh,ikan nila tu rupanya ikan talapia..
    Kalau ikan lele tu tahu sebab swlalu digunapakai oleh rerakan berketurunan Jawa.
    Cianjur dengan Cingur lain yer?
    Teringin nak cuba Rujak Cingur

    BalasPadam
  3. Fuhh...belum rehat tu kak Amie. Tapi bila travel, penat letak tepi dulu. Kena enjoy jalan jalan. Menarik juga olahan menu dia ikan keli balut dengan talur dadar dan sambal. Satu keunikan lah kan di Rumah Makan ni.

    BalasPadam
  4. Lele Goreng Cianjur tu kalau di sini mesti panggil Lele Goreng Pattaya 🤭

    BalasPadam
  5. Saya kalah telak sama Ami. Saya orang Indonesia, tapi belum pernah berlibur dan kulineran di Bukit Tinggi. Hanya singgah sejenak dan makan di tempat keluarga. Tidak nginap.

    BalasPadam
  6. Jus jeruk dan sirsak tu menggoda sungguh lah!

    BalasPadam
  7. Di mana-mana pecel lele banyak di sini kak...murah meriah,apalagi kalau sambalnya pas...air jeruknya menggoda iman😁

    BalasPadam
  8. Wah..banyak nya ikan lele...SA terpana dengan ayam kampung goreng dan kangkung tu kak...aduhai..lapar terus ni

    BalasPadam
  9. ayam goreng kurus tu depa panggil ayam pramugari...sedapnya ikan keli crunchy..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe