Terbang Melintasi Selat Melaka

7:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Seawal pukul 3:30 pagi kami sudah bersedia keluar dari surau untuk bergerak ke balai berlepas. Kemi dan Liza tiba pada pukul 4:30 pagi. Kami bersama-sama pasang tag di beg masing-masing dan kemudian self drop bagasi.

Penerbangan kami dengan AirAsia AK403 dijadualkan pada pukul 7:45 pagi dari KLIA2 dan tiba di Minangkabau International Airport pada pukul 7:55 pagi. Penerbangan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja? Waktu di Indonesia lewat satu jam berbanding waktu di negara kita. Jadinya, kami terbang menongkah arus waktu!

Jom ke tanah seberang dengan melintasi Selat Melaka

Tak jauh pun tempat yang diituju. Hanya menyeberangi Selat Melaka sahaja. Selat Melaka merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera di Indonesia.  Panjangnya sekitar 930 km dan  menjadi laluan perhubungan utama antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Selat Melaka adalah laluan perkapalan yang terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez dan Terusan Panama.


Semua muka baru bangun tidur. Apa pun sempat jugalah lelapkan mata di surau walaupun hanya seketika. 

Menunggu kedatangan Kemi dan Liza dari Melaka.

Teman Kaki Jalan

Ketika menunggu Kemi dan Liza sampai, tiba-tiba mata terpandang seseorang! Hei.... Dayah rupanya! Dayah (jaket merah jambu) yang datang dari Ipoh ini teman kaki jalan sebelum wabak Covid-19 melanda dunia. Rupanya pada hari yang sama kami hendak terbang ke Pulau Sumatera, Dayah pula hendak melancong ke Brunei.


Kami menunaikan solat subuh tepat pada waktunya sebelum dipanggil masuk ke dalam perut pesawat. Apabila duduk di kerusi, masing-masing menyambung tidur! Amie sempat ambil gambar makanan dalam katalog, dan kemudian masuk ke alam mimpi!



Antara menu yang nampak menyelerakan!
Kami lebih mengutamakan tidur berbanding melayan selera!



Tidak lama kemudian, terdengar pengumuman pesawat akan mendarat di lapangan terbang. Apabila kita buka mata, terpandanglah awan-gemawan bergantungan dengan pelbagai rupa bentuk yang menakjubkan. terasa hangatnya sinar matahari menerusi tingkap kecil pesawat di sebelah sisi.

Pesawat AK403 sudah menghampiri bandar udara.

Selamat Datang ke Bandara Internasional Minangkabau.



Sembilan pariwisata selamat menjejakkan kaki di bumi Sumatera Barat.

12 comments

  1. Selamat melencong ke luar negara.
    Mula2 pelik juga 10 minit dah sampai

    BalasPadam
  2. Syoknya ke sana! Enjoy! Semoga Selamat semuanya ye...

    BalasPadam
  3. Boleh pulak terjumpa kawan dari Ipoh tu ya. Memang sah masing-masing kaki jalan, terjumpa pun di airport 😁

    Cantik bandara dengan bumbung Minangkabau.

    BalasPadam
  4. cepat kak cerita pengalaman berjalan kat sana

    BalasPadam
  5. Memula ingat kak amie typo… kiranya waktu malaysia 8.55 pagilah ye.

    Sebenarnya waktu semenanjung diawalkan supaya seragam dgn Sabah Sarawakkan? Ammi ada terbaca dulu

    BalasPadam
  6. Tak sabar nak tau cerita seterusnya.

    BalasPadam
  7. Boleh pulak terserempan dengan geng kaki jalan ye. Indahnya tengok permandangan dari tingkap pesawat. Alhamdulillah selamat sampai dan mesti tak sabar nak jalan jalan.

    BalasPadam
  8. Tak sabaaaar mau baca cerita jalan2 kan Amie ke sumatera barat ❤️❤️. Saya dah lamaaa trakhir kesana, itu pun hanya Padang dan Bukittinggi. Saya suka kotanya, Krn kuliner Padang sesuai dengan lidah saya 😄

    BalasPadam
  9. Wah menjejak tanah minang ye Kak Amie..seronoknya, SA belum pernah sampai..masih ada dalam wishlist..nanti ajak suami la..

    BalasPadam
  10. seronok berwisata bersama kawan2...JJCM paling best...hihi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe