Panorama Taman Tabiang Takuruang dari Kapa Toman

8:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pak Raajab memandu van parawisata dengan cermat menuju ke Taman Tabiang Takuruang yang terletak di Kawasan Wisata Tabiang Takuruang, Jorong Jambak, M8QR+HPR, Sianok Anam Suku, Kec. Iv Koto, Kabupaten Agam, Sumatera Barat 26161, Indonesia.

Panorama Taman Tabiang Takuruang dari Kapa Toman.


Taman Tabiang Takuruang jauhnya lebih kurang  tujuh kilometer dari Kota Bukit Tinggi melalui jalan yang agak berkelok.


Taman Tabiang Takuruang sangat sesuai untuk para pencinta alam semula jadi. Kami sekadar singgah seketika sahaja kerana tujuan kami kali ini tidak akan berada lama di Padang dan Kota Tinggi. Kami mempunyai rencana untuk ke Jambi dan Palembang.

Kapa Toman Cafe bentuk kapal yang unik!


Ketika ini jam menunjukkan angka 10 pagi tetapi sangat terik dengan pancaran cahaya matahari. Pada masa yang sama di tempat kita sudah pukul 11 pagi.


Jom kita naik ke Kapa Toman.


Sudah tentulah rasa teruja kerana akan naik kapal kayu yang berada di daratan! Biasanya kapal terletak di lautan untuk belayar tetapi kali ini kita belayar di kawasan perbukitan.


Kapa Toman mempunyai ukuran ketinggian 20 meter dengan kelebaran lapan meter serta panjang 20 meter. Kapal yang diperbuat dari kayu dan memakan masa pembinaan selama setahun ini merupakan sebuah kafe. Ia terletak di pinggir sungai menghadap Tabiang Takuruang dan tempat yang sangat strategik untuk menikmati pemandangan hijau di sekitar Ngarai Sianok.

Kapa Toman Cafe


Antara makanan cemilan yang boleh dinikmati di sini termasuklah Pisang Krispi, Tapai Krispi, Roti Bakar Keju dan seumpamanya. Ada minuman tradisional seperti Teh Talua, Teh Talua Tapai dan juga kopi. Kami pernah minum Teh Talua di Padang pada tahun 2017.



Bolehlah bergambar di sini untuk abadikan kenangan di Kapa Toman Cafe.



Uniknya di hujung Kapa Toman, identiti Minang tidak dapat dipisahkan. Ada replika tanduk kerbau di situ menandakan terjemahan bumbung rumah adat Minang yang menyerupai tanduk kerbau.


Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang agak lama di sini, jadi Amie hanya ambil gambar di sekitar Kapa Toman Cafe sahaja. Suasananya  memang sangat tenang dengan warna hijau pepohonan dan langit biru. Awan yang tipis dan gumpalan awan tebal yang berada nun jauh dari persekitaran Kapa Toman Cafe sudah dapat bayangkan betapa teriknya  pancaran matahari ketika ini.



Kalau berekreasi di sini sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang mandi-manda!


Nano sempat membeli Pisang Krispi dan Amie beli Tapai Krispi.
Kami makan bersama-sama di dalam van.

Nano : Pisang Krispi

Amie : Tapai Krispi

Ke mana lagi selepas ini?
Kenalah buka nota dalam HP, baca catatan dan tengok gambar dalam galeri. Maklumlah banyak memori sudah keluar dari radar ingatan.... hiks!

8 comments

  1. harga makanan yang ditawarkan juga lumayan ya,

    BalasPadam
  2. Sumatra Barat memang berkelok" ya kak,tempatnya unik dan sejuk,wah pisang goreng dan tapai goreng ke sukaan saya tuuu...habis Palembang itu Lampung kak,tempat saya paling ujung pulau Sumatra😀

    BalasPadam
  3. Tapai krispi tu dari tapai ubi ke Kak Amie? Dulu pernah makan mak goreng, sedapnya la haiii... manis masam.

    BalasPadam
  4. Menarik tempatnya. Pisang krispi biasa jumpa. Tapai krispy, ini pertama kali tengok. :)

    BalasPadam
  5. Menarik ni…kafe atas kapal. Cantik tempatnya.

    BalasPadam
  6. Tapai krispi tu tapai ubi yang digoreng ya?
    Pernah makan tapai goreng di Terengganu, sedap.

    BalasPadam
  7. Menarik....
    Saya pun terfokus tapai krispi jugak ni

    BalasPadam
  8. Saya sendiri belum sampai kesana kak Amie 😄. Cantiii tempatnya yaa. Tapi saya tertarik dengan pisang krispinya. Dari dulu untuk gorengan, saya lebih suka pisang goreng. apalagi kalo rasanya manis 👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe