Firdaus Bantu Masak Nasi Ayam di Dapur

1:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Untuk makan-makan keluarga selepas bacaan Yasin dan sempena Maulidur Rasul, kami menyediakan nasi ayam. Firdaus bersungguh-sungguh hendak bantu Amie masak. Firdaus bantu kupas halia dan bawang merah. Setelah kupas bawang merah beberapa biji, Firdaus lari meninggalkan dapur. Katanya matanya pedih berair! Amie sangka Firdaus sudah taubat tak mahu kupas bawang lagi. Tidak lama kemudia dia datang semula dan kupas bawang besar pula. Dan minta kita ajar potong bawang besar. Tidak cukup kupas dan hiris bawang, dia minta kerja lain pula. Amie suruh dia cuci daun salad. Setelah siap daun salah dicuci dan ditoskan, Firdaus bertanya lagi apa kerja seterusnya. Amie kata selepas solat maghrib kita masak nasi ayam. berkali-kalilah dia pesan jangan lupa ajak dia sekali untuk masak nasi ayam!

Firdaus masak nasi ayam.


Seperti yang dijanjikan, selepas solat maghrib Firdaus terus meluru ke dapur untuk masak nasi ayam! Dibawanya kerusi supaya dia boleh berdiri di atasnya.


Bukan main seronok Firdaus dapat tumis perencah nasi ayam. Bawang dan halia pula hasil hirisannya, saiznya pun besar-besar!


Video Firdaus sedang menumis perencah nasi ayam.


Sebelum  maghrib Amie sudah siap goreng ayam dan rebus ayam. Amie sediakan dua jenis lauk nasi ayam iaitu ayam goreng dan ayam rebus yang kemudiannya Amie kukus. Air rebusan ayam itu Amie akan gunakan untuk masak nasi ayam.

Selepas isya' ahli keluarga akan datang, jadi sebaiknya siaplah masak-masak sebelum isya' supaya semua boleh turut sama baca yasin.

Amie masak nasi ayam cara kukus. 
Setelah nasi kembang dan kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus di sebelahnya. Air dalam periuk kukusan sudah sedia menggelegak.


Sementara menunggu nasi ayam masak sepenuhnya. Amie susun ayam rebus di dalam dulang pengukus dan hidupkan api perlahan sahaja sebab ayam memang sudah masak. Apabila penutup periuk pengukus dibuka, nampak berkilat ayam yang dikukus.



Nasi ayam sudah masak sempurna.


Kita tinggalkan dapur kerana kakak ipar dan anak-anak buah sudah sampai.


Anak buah, Rini bawa ayam panggang untuk hidangan keluarga sempena ulang tahun Raisya, anak Rini yang ke tujuh tahun. Ayam panggang dan pulut kuning ini disediakan oleh ibu mentua Rini.

Rini membawa sambal telur, sambal ikan dan sosej goreng. 
Terima kasih Rini turut memeriahkan hidangan malam tadi.

Sempat curi-curi ambil gambar.

Selain sambal nasi ayam dan kicap, Amie tambahkan sambal tomato dan kerabu mangga muda.

Sambal tomato boleh dicecah bersama ulam-ulaman.

Selamat menjamu selera.


Ada ayam goreng, ayam kukus, kaki ayam masak kicap yang sangat lembut, terkerai kulit dari tulangnya dan tauhu jepun kuah sos tiram.

Sup & Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram
Pemanis Mulut : Bubur Kacang Hijau Campur Sagu Biji dan Jagung
Gambar bawah : Salah satu bekas pemanis mulut yang dibawa oleh Mama Anis.


Jemput makan.

Sebelum semua ahli keluarga sampai, mana yang sampai awal makan keropok dulu.


Pandai sungguh keluarga Encik Suami. Sebelum makan nasi mereka beramai-ramai makan buah-buahan yang disediakan. Kebiasaan begini memang sangat baik diamalkan kerana banyak hikmah makan buah sebelum menjamah hidangan.





Ramai yang mencuba minuman bunga telang yang disediakan. Masing-masing teruja untuk merasai jus bunga telang segar. Alhamdulillah. 

Selain jus bunga telang, Encik Suami sediakan minuman campuran dua bahan:
  • Sunquick Mixed Mango
  • Sun Valley Grenadine

Minuman Sunquick Mixed Mango & Sun Valley Grenadine

Dengarnya Sun Valley Grenadine tidak ada di Malaya. Minggu lepas Amie bancuh minuman ini di sekolah sempena Gotong-Royong Perdana. Oleh kerana minuman ini sangat sedap, Amie tidak hadkan untuk murid dalam kumpulan Amie yang boleh minum. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan kami, Amie pelawa minum. Oleh kerana mereka tidak puas minum sekali, Amie bancuh minuman sampai tiga kali. Satu tong air boleh menampung 20 liter minuman, jadi pada hari tersebut Amie bancuh 60 liter air minuman Sunquick Mixed Mango & Sun Valley Grenadine. Terima kasih Cikgu Warite kerana kongsi resipi minuman ini sewaktu kami sama-sama meraikan kemenangan Rumah Sukan Gamma - Tempat Pertama dalam Kejohanan Sukan Tahunan.

Sekian, cerita Firdaus Bantu Masak Nasi Ayam di Dapur melancong sampai entah ke mana... ahaks!

6 comments

  1. Good Job Firdaus....wah meriahnya..nampak sedap nasi ayam tu..lama dah x makan nasi ayam

    BalasPadam
  2. Yeay! Lama tak nampak Daus!

    (dari peminat Daus)

    BalasPadam
  3. Wahhhh.. wanginya Firdaus menumis nasi ayam tu sampai ke Tanah Jauhar la. Lain kali sy nak kukus ayam la lepas rebus, tentu hasilnya lebih lumayan enak.

    BalasPadam
  4. Berulang kali putarkan videonya semata mau dengar suara Daus & Mummy..
    Serasa dapat berhadapan bila mendengar suara.Semoga ada rezeki dapat bertemu...in shaa Allah😍

    BalasPadam
  5. Menarik semua menu yang dihidangkan.
    Pasti semua keluarga gembira dapat makan bersama.

    BalasPadam
  6. Ya Allah minuman sunquick itu terlihat segaaaaaar sangaaat kak 😍😍😍😍. Jadi di-mix keduanya yaaa. Dah terbayang lah kesegaran rasanya 👍👍👍

    Enaaak semua terlihat makanan yg dimasak.

    Pintaaaar firdaus bantu mama yaaa. Anak lelaki pun harus tahu cara memasak.

    Tertarik lihat cara penyajian buah2nya kak. Sudah dikupas rapi, jeruk pun tinggal makan. 👍👍. Biasa kalo jeruk kupas sendiri 🤣

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe