Setia Menanti

11:44 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi, sebaik sahaja Firdaus mendapat khabar kami sudah mendarat di Lapangan Terbang Tawau, budak kecil ini terus membawa kunci pagar dan duduk di depan pagar sekitar pukul 10:00 malam. Perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke Lahad Datu. Di pertengahan jalan, kami singgah di sebuah masjid di Kunak untuk solat jamak. 

Pemandu van yang kami sewa hantar kami berenam ke rumah masing-masing. Amie sampai di rumah tepat pukul 12.00 malam. Berakhirlah sudah jalan-jalan cari penat 25 Ogos - 1 September 2023 Tawau - KL - Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta. Dari Jakarta ke Kuala Lumpur, kami menaiki Batik Air dan dari KL - Tawau, kami terbang bersama AirAsia.

Setia menanti Mommy pulang dari jalan-jalan.

Pagi tadi, selepas solat subuh Amie sambung tidur. Beberapa kali Encik Suami kejutkan tetapi kita tak dapat buka mata. Telinga mendengar, tetapi badan hendak berehat! Menjelang pukul 10:30 pagi, barulah kita bangun. Encik Suami tinggalkan kita di rumah bersama Firdaus. Baru teringat, malam tadi Encik Suami beritahu hari ini ada majlis kahwin di rumah Pak Ayu.

Sebelum keluar rumah, Encik Suami belikan nasi kuning. Kami sarapan berdua dengan Firdaus. Firdaus sudah pandai goreng kentang sendiri. Amie tambahkan dengan gorengan Kerupuk Keriting dan bancuh secawan Susu Jahe Sidomuncul oleh-oleh dari Palembang.

Rasanya hendak sambung rehat! Sesungguhnya di rumah sahajalah tempat istirahat paling selesa.

20 comments

  1. Setia sungguh dia, tengah malam masih menanti Mommy -nya. Rindu sungguh agaknya tu hehe ...

    BalasPadam
  2. Oh ni trip dgn kawan2 ye Kak Amie. Ingatkan Kak Amie bercuti dgn family. Dapat bayangkan penat balik dari travel tu sebab perjalanan yang panjang dah jauh. Takpe, boleh sambung rehat hari Ahad sebelum sekolah buka Isnin ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak dan suami tak minat travel. Alhamdulillah, dapatlah rehat dan tidur sepuasnya.

      Padam
  3. Ingatagi masa kecil ² dahulu.. Menunggu kepulangan abang yang bersekolah asrama.. Kalau balik je mesti belikan coklat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Encik Fairus. Waktu kecil dulu suka menunggu kepulangan emak ayah balik dari bandar. Tunggu oleh-oleh sebenarnya.

      Padam
  4. Cuya kalau dh ngntuk tu kadang-kadang susah juga nak bangun 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau susah nak bangun tu, maknanya tak cukup tidur kan hehehe.

      Padam
  5. Alolo.. Firdaus dah rindu mommy sangat tu!
    Happy resting day Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama merindu tu Faizah. Terima kasih... dah cukup rehat dah.

      Padam
  6. Setia menanti mommy balik. Lama lagi nak sampai rumah pun dia setia menanti. rindu mommy. Penat lain macam bila travel ni kan. Rehat secukupnya Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul Fiza. Jalan udara, jalan darat dan jalan laut semua diredah. Memang bawa balik kepenatan ni.

      Padam
  7. sabar daus tunggu mommy pulang depan gate ya

    BalasPadam
  8. Rute kak Amie ini memang jauh 👍😁. Saya saja tak pernah ambil semua rute itu sekaligus, biasanya 1-1. Kalau Padang, Padang saja. Palembang pula hanya di sana saja beberapa hari. Kalau dihajar semua, memang letih 😅

    Istirahat dulu kak Amie. Jangan sampai sakit pulang berlibur 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tumpuan kami hanya Jambi dan Palembang sahaja. Padang dan Bukit Tinggi itu hanya touch and go sebab sudah pernah ke sana.
      Memang perlu istirahat, sebab semua jalan diredah hihihiii.

      Padam
  9. Setuju, seempuk² tilam hotel, rumah jugak yg paling selesa. Benarlah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

    BalasPadam
  10. Begitu la bila penat berjalan kan Kak Amie...kalau SA pun begitu jugak rasanya...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..selamat sampai di rumah...rindu seorang anak...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe