Meraikan Ulang Tahun Teman Ukur Jalan, Teman Terbang di Awan dan Teman Meredah Lautan!

9:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, kami lihat dia begitu bertungkus-lumus menjayakan program Reach For The Stars sehingga ke malam. Itulah, adinda kami yang manis Jusna yang tidak pernah mengenal erti lelah mendidik dan membantu anak-anak muridnya terutama yang akan menduduki SPM. Hujung minggu, biasanya Jusna akan pulang ke Anjung Teduh. Kami risik-risik dan berharap Jusna tidak meninggalkan LD pada hari ini, Ahad kerana tarikh 10 September merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

Alhamdulillah, tuan punya diri dapat menghadirkan diri di Home Steak Home pada petang minggu yang redup.

Wajah-wajah kaki jalan. Nano, Kam, Jusna dan Amie, minggu lepas baru balik dari Pulau Sumatera dan Jakarta. Pada masa yang sama Misa pula, mengembara ke Pulau Taiwan.

Selamat ulang tahun Jusna. Moga sihat selalu. Dimurahkan rezeki dari segenap sudut, dianugerahi kesabaran yang tinggi sepanjang tempoh menjadi pendidik serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.

Mencuri waktu meluangkan masa bersama walaupun dihambat tugas yang tidak pernah selesai.

Fresh Orange, Apple & Watermelon

Amie & Kam : Fish & Chips

Jusna : Cheesy Chicken Chop

Misa : Peanut Chicken Chop

Nano : Mushroom Chicken Chop

Bismillah.



Selesai menjamu selera, acara memotong kek pun bermula. Tak sabar sebenarnya hendak makan kek buah longan yang sangat comel ini. Dapat juga Nano dan Misa mencari kedai Cherry Florist & Bakery yang Amie cadangkan sebelum Jusna sampai ke Home Steak Home.

Kek Longan yang kaya dengan buah longan!

Sempat juga Nano dan Misa membeli hadiah untuk Jusna, sepasu bunga kaktus bersama alat semburan air. Jusna hanya perlu sembur air seminggu sekali sahaja untuk memastikan pokok kaktus terus hidup subur. 


Jaga elok-elok ya Jusna supaya terus hidup subur sesubur persahabatan yang kita bina selama ini.


Allahu! Nakalnya tangan kawan-kawan! Tak sabar hendak merasa kek buah longan sampai cungkil atas kek bawa masuk mulut! Hehehee... termasuk yang sedang menulis entri inilah juga. Bukan apa. Kek Longan itu yang jahat sebab sangat menggoda.

Kita belanja sebuah video kenang-kenangan Kam sedang menyuap Jusna.

Happy Birthday Jusna!


Kek Longan ini sangat sedap. Selain aromanya yang wangi, ditambah pula dengan madu. Sudahlah begitu, di dalam keknya pula tersembunyi buah-buah longan disusun rapat-rapat! Memang sesuailah namanya Kek Longan.


Kami makan Kek Longan hingga ke buahnya yang terakhir! Bersih tak tinggal bekas.

Gambar kenangan bersama geng kaki jalan pada tahun 2016  di Padang Rumput Savanah @ Bukit Telletubies Bromo.


Dua di antara geng kaki jalan : Kemi sudah balik ke Melaka. Nurul, sudah balik ke Terengganu. Tinggallah Nano (Perak), Amie (Selangor) dan Jusna (Sabah).

9 comments

  1. Wah, meriahnya sambutan hari lahir sahabat kak Amie. Selamat ulangtahun kelahiran buat sahabat Kak Amie, Jusna 🎈

    BalasPadam
  2. Seronoknya ada geng sambut hari jadi. Suka pulak tengok hadiah pokok kaktus tu. Tak perlu pindah pasu kan jika ia terus suburrrr.

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir buat kawan2 geng ukur jalan akak ya. Geram la tengok kek longan tu, cantik comel dan mesti sedap tu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat meraikan birthday teman ukur jalan bersama yang lain juga. Happy Belated birthday buat Kak Jusna. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik dan ceria selalu. Aamiin...

    kek tu memang menggodalah kak Amie. kek longan lain dari yang lain.

    BalasPadam
  5. alahaiiiii sedapnya kek longannnnnn....
    happy belated birthday untuk kak Jusna....
    lepas ni plan nak jalan2 mana pula? ;-)

    BalasPadam
  6. Saya biasanya tak suka birthday cake, tapi melihat cake longan ini, langsung teringiiiiin nak coba. Nampak fresh ya kak Amie 😄❤️❤️. Buahnya itu memang menggoda sangat ❤️

    Semoga persahabatan kalian langgeng sampai bila-bila. Bahagia memang jika ada sahabat yang bisa jadi travel mate juga.

    BalasPadam
  7. Selamat ulang tahun buat kak Jusna semoga panjang umur dan murah rezeki

    BalasPadam
  8. Happy belated birthday kak Jusna..semoga yg indah2 sahaja ye..seronok diraikan kawan2

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe