Setiap keluarga ada cara dan olahan masakan yang tersendiri. Itu sebabnya, makanan atau masakan termasuk dalam budaya atau cara hidup sesebuah keluarga yang membentuk komuniti kecil lalu berkembang menjadi keturunan kepada generasi seterusnya. Generasi demi generasi inilah yang bertanggungjawab membawa apa jua warisan nenek moyang mereka agar tidak pupus ditelan masa.Walau bagaimanapun, perubahan masa disertai dengan kecanggihan teknologi dan maklumat, banyak berlaku perubahan...
Esok 1 Jun 2021 Total Lockdown Fasa 1 dikuatkuasakan sehingga 14 Jun 2021. Sama-samalah kita sahut seruan ini dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Mudah-mudahan akan membuahkan hasil yang baik dan kita akan ucapkan selamat jalan kepada Covid-19 yang bakal pulang ke kampung halamannya tanpa menoleh ke arah kita lagi!Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ...
Malam tadi sudah berkira-kira sebaik sahaja bangun pagi, akan terus menyiapkan kerja online yang belum selesai. Tak perlu sediakan sarapan kerana biasanya Encik Suami akan beli makanan. Biasanya begitulah. Kita nak masak sarapan tapi Encik Suami terlebih dahulu letakkan sarapan pagi di bawah tudung saji.Eh! Pagi ini tidak ada pula apa-apa sarapan di atas meja! Firdaus yang sudah siap mandi dan berpakaian berkata:...
Ada sejenis kuih manisan tradisional Cocos yang hanya muncul sekali dalam setahun terutamanya pada hari raya. Manisan ini dinamakan pudin. Bukannya puding! Tahun berganti tahun, pudin semakin jarang kelihatan di antara kuih-muih yang dihidangkan di hari raya.Amie sempat melihat arwah MIL menyiapkan tempahan pudin untuk orang kampung. Adunan pudin ini dituangkan ke dalam plastik tahan panas. Seterusnya dimasukkan ke dalam tin-tin MILO yang...
Assalamualaikum dan selamat petang.Kita duduk-duduk sajalah di rumah, tak perlu ke sana dan ke sini. Kita hadapi PKP Total Lockdown dengan mematuhi segala SOP yang dikenakan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Hari ini Amie kongsikan resipi tradisional Bugis dari Makassar, Sulawesi Selatan iaitu Coto Makassar atau Coto Mangkasara. Di Sabah selain masakan tradisional masyarakat Bajau dan Kadazan -...
Petang kelmarin, Encik Suami bawa pulang sesikat pisang nangka. Wah! Bukan senang nak dapat pisang nangka di Lahad Datu walaupun banyak gerai pisang di sepanjang jalan. Seumur hidup Amie di sini, hanya pernah sekali dapat beli pisang nangka di pasar. Itu pun setelah jenuh berhari-hari mecari dan peniaga pisang akan tunjukkan pisang raja kalau Amie bertanya tentang pisang nangka! Agaknya memang jaranglah orang...
Tengahari tadi, ketika masak di dapur, kepala membayangkan apa yang akan dilakukan apabila siap set hidangan Nasi Ganja di atas meja makan. Mula-mula ambil kepingan limau nipis dan perahkan di atas pinggan berisi nasi dan lauk-pauknya. Kemudian gigit hujung cili hijau dan terdengarlah bunyinya yang rangup ketika dikunyah!Apabila hidangan sudah tersaji, memang nak perahkan limau tetapi limau nipis sudah bertukar menjadi lemon.... ahaks!...
Ada dua biji nanas masak di dapur. Tengahari tadi Amie kupas sebiji dan simpan dalam peti sejuk. Dari kelmarin berangan-angan nak masak pajeri nanas. Oleh kerana di sebelah pagi Encik Suami belikan dua bungkus nasi kuning, 4 biji buras dengan serunding kelapa dan sambal ikan bilis serta dua bungkus mee hoon ayam goreng, jadi Amie tunda masak nasi ke petang.Amie sambung buat laporan...
Bunga! Tiba-tiba cerita tentang bunga pula. Ada bunga tertentu yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bunga ros atau bunga mawar misalnya, jumlah kuntum dan warnanya boleh ditafsirkan dengan maksud tertentu. Zaman remaja purba dulu, ada orang mengorat kirim jambangan bunga ros tapi tak ingat ada berapa kuntum. Yang Amie ingat, tukang hantar bunga tersalah letak! Jadi, jambangan bunga sampai ke tangan rakan baik Amie....