Makan Tengah Hari di Ayam Penyet Ais Teller Sri Perdana
9:13 PGSelamat pagi semua. Moga rakan-rakan maya dalam keadaan sihat sejahtera. Pagi ini Amie sekadar kongsi paparan hidangan dari restoran di Lahad Datu. Kononnya pagi ini kami sekeluarga berangkat ke Tawau dan bermalam di sana. Keesokan petangnya kami akan ke Tawau Airport mengambil Farid dan Fuad yang akan mendarat dari penerbangan KLIA. Memandangkan keadaan Covid-19 di Tawau semakin membimbangkan, jadi kami batalkan rancangan. Mungkin esok, hanya Amie dan Encik Suami sahaja yang akan ke Tawau Airport untuk menjemput dua anak bujang kami itu. Seram juga bila mendapat berita sahih, 4 buah sekolah di Tawau terpaksa ditutup, dan banyak premis disenaraikan telah dilawati oleh pembawa virus. Di Lahad Datu pula, setakat ini sekolah Fairuz telah ditutup berikutan 2 orang murid dikesan positif Covid-19. Ya Allah! Moga-moga Covid-19 segera berlalu!
Covid-19 kali ini dikatakan berpunca dari dalam kalangan banduan yang dinamakan Kluster Benteng Lahad Datu. Ruang lokap yang sesak dan sempit menyukarkan penjarakan fizikal menjadi penyumbang utama penularan jangkitan. Virus menjangkiti pegawai penjara dan anak saudaranya. Dan seterusnya.......
Sekolah-sekolah kelihatan semakin sepi, murid mula berkurangan dari sehari ke sehari semenjak awal September lalu ketika mula tular tentang Kluster Benteng ini. Ya! Ibu bapa berhak mengambil keputusan sama ada hendak menghantar anak ke sekolah atau meminta mereka duduk di rumah sahaja.
SAFETY FIRST!
4 comments
Kawan2 anak-anak pun dah mula ramai cuti kan sekolah di KK ni bimbang kes yang makin menular dan banyak di Sabah ni. Sekarang ni dah mula hujan kerap mungkin kurang la orang keluar rumah. Tengahari pun hujan dah lebat hujung2 minggu ni.
BalasPadamarea tmpat shida pn ade nasi ayam penyet yg sedap..
BalasPadamadoiii la...terliur tengok semua menu super duper delicius
BalasPadamMee Bandung mee rebus favourite Fiza tu kak. Bestnya kalau dapat mee bandung sedap. Puas hati makan. Semua menu yang diorder pun menyelerakan sungguh lah.
BalasPadam