Layan Selera Firdaus : Makan Nasi Lauk Sardin Sambal Tuhau
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita Sambal Sardin Tuhau yang digemari Firdaus. Selepas ini tidak tahu entah bila akan masak begini sebab stok sambal tuhau sudah habis. Sebelum ini Amie oernah kongsikan tentang sambal tuhau di sini:
Macam-macam rupanya boleh 'disambaltuhaukan' dan rasanya sungguh menyelerakan bagi yang 'boleh jalan' dengan tuhau. Untuk sardin sambal tuhau ini Amie tidak masukkan halia seperti kebiasaan masak sardin. Hal ini kerana tuhau itu sendiri sudah berada dalam keluarga halia. Satu lagi tidak perlu tambah pes asam jawa sebab sambal tuhau sudah cukup rasa masamnya.
Pada masa yang lain, mungkin kalau tidak jumpa sambal atau lada tuhau, bolehlah beli tuhau jeruk untuk dibuat sambal. Tapi di LD memanglah tidak akan jumpa lada atau jeruk tuhau sebab di sini kebanyakannya dari kaum Bajau dan Bugis. Tuhau terkenal dalam masyarakat Dusun dan yang sewaktu dengannya.
Nasi Lauk Sardin Sambal Tuhau |
Sardin Sambal Tuhau |
Kali ini Sardin Sambal Tuhau yang Amie masak agak berkuah. Selalunya Amie masak hampir kering. Berkuah sedap, kering pun enak.
Bismillah |
Sardin Sambal Tuhau |
Resipinya boleh lihat di sini: Resipi Sardin Sambal Tuhau Yang Menggoda Selera!
15 comments
Nama Daus di petik... tapi fotonya tiada... T_T
BalasPadam🤣🤣🤣
PadamTeringin pulak nak rasa tuhau tu. Sardin pun menyelerakan ni.
BalasPadamMemang harus beli sambal Tuhau ini kalo saya ke Sabah Sarawak 😍😍😍. Penasaran loh kak macam apa rasanya . Apalagi sambal ini bisa masuk ke banyak masakan yaa ❤️❤️
BalasPadamWonder dengan rasa tuhau tu. Kalau tengok gambar, rupa batangnya macam serai sikit
BalasPadamCikgu..Tuhau dengan tepus @ semenanjung ni sama ke lain?
BalasPadamTepus pokok macam pokok lengkuas tapi tumbuh liar dalam hutan..
Dah boleh jadi duta sambal tuhau ni Kak Amie & Daus ahaha...
BalasPadamSy buat carian di Google, pokok tuhau ni sama dgn pokok tepus (panggilan di sebelah Utara). Arwah Mak & Pak dulu suka ambil umbutnya, rebus dimakan sbg ulam.
Macam ni kena pergi Sabah lagi lah kalau nak cari Tuhau...sat... nak tengok kat Shopee ada jual ke tak.
BalasPadamBagusnya Firdaus, mau juga dia makan sardin yang ada aroma tuhau. Kalau anak saya lauk yang rasa pelik sikit langsung tak disentuhnya.
BalasPadamsedapnya nampak. syu suka makan tuhau kering je. sedap..
BalasPadamsardin sambal tuhau sedap sangat kan Daus
BalasPadamKena la cari stock tuhau tu Kak Amie, nt Daus merajuk sy tak tahu, hihi.
BalasPadamBaca entri ni, buat saya rasa nak masak sardin esok. 😁
BalasPadamMesti bau nya semerbak harum... dulu ada kawan yang pernah kerja di Sabah jadi dia pernah la bawak serunding tuhau.... jadi dapat la merasa camne tuhau tu
BalasPadamTuhau, bestnya macam2 jenis bahan dan makanan di sana ya Kak Amie
BalasPadam