Resipi Nasi Goreng Keumamah
11:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa agaknya aktiviti sepanjang hari ini? Kami ada undangan majlis kahwin, dan rakan-rakan penoreh bercadang untuk hadir pada sebelah petang.
Sebelum itu, kita sarapan dahulu dengan Nasi Goreng Keumamah. Kelmarin sengaja masak nasi lebih untuk digoreng pagi ini. Amie sudah janji dengan Firdaus untuk masak Nasi Goreng Keumamah.
| Nasi Goreng Keumamah |
| Keumamah |
Keumamah yang Amie beli ada dua jenis, iaitu rasa pedas dan rasa original. Amie gunakan keumamah rasa original sebagai perencah nasi goreng. Oleh kerana Firdaus suka pedas, jadi Amie tambah cili kering kisar dan hirisan cili padi.
Resipi Nasi Goreng Keumamah
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 4 cawan nasi sejuk
- 4 sudu besar keumamah
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 2 biji telur
- 1 cawan mix vegetable
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan cincang / hiris:
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 7 tangkai cili padi
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
- Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
- Pecahkan telur dan kacau rata.
- Kemudian masukkan mix vegetable. Masak seketika .
- Masukkan keumamah dan gaul sebati.
- Masukkan nasi sejuk. Tambahkan garam / perasa pilihan.
- Gaul rata dan biarkan sehingga keluar asap nipis di atas nasi goreng.
- Padamkan api dapur.
1 comments
pertama kali kak ana dengan keumamah ni Amie, bagaimana rasa dia agaknya ye.. ?
BalasPadam