Makan Nasi dengan Keumamah - Sambal Tuna Dari Acheh
7:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masak ringkas-ringkas sahaja untuk dijadikan lauk makan tengah hari:
- Nasi Putih
- Sayur Tumis Cendawan Shiitake dengan Kacang Manis
- Telur Dadar
- Sambal Sardin dengan Bunga Kantan
- Keumamah - Sambal Tuna
| Keumamah - Sambal Tuna dari Acheh |
| Keumamah - Sambal Tuna |
Pada hari Rabu yang lalu, Amie hidangkan keumamah - ikan kayu masak tumis Acheh. Habis sebekas sekali makan. Firdauslah yang paling banyak makan. Selepas makan Firdaus pura-pura terkejut sebab tinggal bekas kosong. Katanya: Kenapalah Mommy beli satu saja?
Kita diam-siam saja. Sebenarnya ada lagi keumamah yang dibeli tapi ada dalam kotak bersama emping melinjo Aceh. Kedua-duanya dibawa pulang Nano, sebab kami kongsi satu kotak sewaktu membeli oleh-oleh di kedai Araco.
| Kedai Araco di Acheh. |
| Lauk makan tengah hari. |
Tengah hari tadi sengaja buat kejutan untuk Firdaus. Balik dari aktiviti kokurikulum, memang seronok sangatlah budak kecil itu apabila nampak keumamah. Walaupun tidak sama ikan, tetapi rasanya tetap menyelerakan. Sebelum ini Firdaus makan keumamah dari ikan kayu @ tongkol, hari ini merasa keumamah ikan tuna pula.
| Telur Dadar |
| Sayur Tumis Cendawan Shiitake dengan Kacang Manis |
| Sambal Sardin dengan Bunga Kantan |
| Keumamah - Sambal Tuna |
Keumamah atau disebut kemamah ialah makanan tradisional Acheh yang diperbuat daripada ikan tongkol atau ikan kayu yang dikeringkan dan dimasak semula dengan rempah. Keumamah tahan lama dan sering dijadikan lauk makan nasi terutama dalam masyarakat Acheh.
Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tongkol, ikan kayu atau ikan tuna kecil. Ada beza maksud ikan tongkol dengan ikan kayu. Kalau kita biasanya memahami ikan tongkol dan ikan kayu itu sama. namun begitu lain pengertiannya di Acheh. Menurut Pak Google, ikan tongkol ialah panggila untuk ikan segar yang baru ditangkap dari laut. Nama lainnya ikan aya atau ikan batang.
Ikan kayu pula ialah ikan tongkol yang sudah direbus dan dijemur hingga kering. Kenapa dinamakan ikan kayu? Hal ini kerana teksturnya keras seperti kayu apabila sudah kering. Ikan kayu ini tahan lama tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebelum dimasak, ikan kayu direndam supaya lembut dan dipotong kecil atau diketuk hancur kasar-kasar.
| Emping Melinjo |
Kami sempat beli Emping Melinjo Acheh di kedai Araco. Rupanya ada kategori emping melinjo! Ada yang warna kekuningan sebab sudah agak lama, dan ada yang warna putih kerana emping melinjo baharu. Jadi kami beli emping melinjo yang masih baharu. Sekilogram berharga 120,000.00 IDR. Sedap rasanya, lemak dan kurang rasa pahit. Ada yang beli sekilogram, ada yang beli setengah kilogram. Amie beli setengah kilogram sahaja.
| Jemput makan. Bismillah. |
0 comments