Aneka Sarapan di Pagi Sabtu
11:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Semoga hari ini semuanya dalam keadaan baik-baik dan ceria sahaja. Sarapan apa pagi ini? Kami alas perut hasil tangkapan Encik Suami dan Firdaus di Warung Al Iman. Encik Suami beli bihun goreng untuk dirinya. Firdaus pula memilih nasi lemak lauk ayam goreng. Encik Suami telefon dari warung kalau-kalau Amie mahu soto dan laksa. Belilah apa-apa saja, jawab Amie.
Sampai di rumah, terkejut juga melihat banyak makanan yang dibeli. Kata Encik Suami, tak perlulah masak tengah hari nanti. Encik Suami dan Firdaus sudah tentulah kenyang dengan sarapan pilihan masing-masing.
Untuk Amie, Encik Suami belikan:
- Cucur Udang
- Kuih Bakar Pandan
- Buras
- Laksa Asam
- Soto Ayam
Aneka Sarapan |
Kuih Bakar Pandan |
Cucur Udang |
Buras |
Biasanya lauk tradisi Buras berupa sambal ikan bilis dengan serondeng kelapa. Kali ini hanya ada sambal ikan bilis sahaja.
Laksa Asam |
Soto Ayam |
Soto Ayam tak 'hidup' tanpa begedil kentang dan juga sambal kicap! Apabila nampak begedil kentang nan dua ketul dalam mangkuk soto, Firdaus pun mulalah bercerita kenangannya dahulu bantu buat begedil kentang. Kita pun faham, dia suka makan begedil kentang. Jadi, kongsilah makan begedil kentang dengannya. Barulah dia berhenti bercakap... ahaks!
Soto Ayam & Sambal Kicap |
Aneka Sarapan |
Sekian.
Salam dari LD.
0 comments