A Fiery Lunch at Nando's KLIA2
7:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 17 Oktober 2025, sempat balik kampung jumpa Bonda. Terkejut sungguhlah Bonda dengan Wak Niah melihat kita di depan mata dengan Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah! Kita memang tak mahu beritahu nak balik sebab nanti Bonda dan Wak Niah sibuk hendak memasak. Lagi pun kalau kapal terbang lewat, tertunggu-tunggu pula mereka. Wak Niah belum sihat sepenuhnya, dan masih berkerusi roda.
Waktu subuh, terbau aroma tumisan dari dapur. Entah apa yang Wak Niah masak. Hamzah pula asyik berlari-lari keluar bilik masuk bilik, keluar dapur masuk dapur! Pagi itu kami sarapan bihun goreng dan sandwich air tangan Wak Niah.
Pukul 10:00 pagi kami berangkat ke KLIA2. Hampir pukul 12:00 tengah hari kami tiba di lapangan terbang.
Seperti biasa, Abang Farid memang hendak makan di Nando's!
Seperti biasa, Abang Farid memang hendak makan di Nando's!
Ikutkan sajalah.
Bau ayam panggang berempah dan suasana santai dengan aroma peri-peri yang menjadi kegemaran Abang Farid memang menggoda selera. Biarlah Abang Farid yang membuat pesanan.
| Amboi! Bukan main lagi cucu kita menunggu hidangan disajikan. |
Abang Farid memilih Family Platter, hidangan besar yang sesuai untuk dikongsi bersama. Satu ekor ayam peri-peri dipanggang sempurna dengan rasa pedas dan berasap, disajikan bersama kentang goreng, dan jagung bakar. Seronok rasanya dapat memilih bahagian ayam kegemaran sendiri. Ada bahagian dada dan bahagian peha.
Selain jagung bakar dan Kentang goreng, Family Platter didatangkan bersama pilihan sayur panggang, coleslow, caesar salad, macaroni cheese dan pastel de nata - Egg Portuguese Tart.
| Whole Chicken Grill |
| Pastel de Nata - Egg Portuguese Tart |
Jom makan.
| Bismillah |
Kenyang sungguh! Pedasnya masih terasa, tapi itulah yang buat makan tengah hari di Nando’s KLIA2 jadi seronok sebab ada budak kecil Hamzah! Sibuklah Abang Farid dan Aseeyah melayan dia!
| Amie - Honey Lemongrass |
| Abang Farid pilih minuman refill. Bolehlah kita tumpang segelas... ahaks! |
| Dia pun hendak minum juga! |
| Selepas minum, dia makan sendiri Macaroni Cheese. Oh, my cucu! |
| Panjang berjela resitnya! |
1 comments
Nampak cheeky dan big boy Hamzah bila pakai baju berkolar. Tu kalau balik kampung mesti tokbabah bawak jalan² berdua. Memang suka sangat ya Abang Farid dengan makanan di Nandos.
BalasPadam