Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka?
7:58 PGAlhamdulillah, kelmarin sampailah buku setebal 272 muka surat dengan harga RM38.00 dan kos penghantaran RM13.90. Pertama kali menatap Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka, teruja membaca petikan di bawah tajuk iaitu : Untuk mereka yang terperangkap dalam kitaran toksik - sebagai anak, pasangan atau ibu bapa.
Pernah rasa tidak cukup, walaupun sudah memberikan segalanya? Bila rumah sendiri, dan hubungan dengan ibu bapa, menjadi tempat yang paling menyakitkan?
Buku ini ditulis untuk mereka yang pernah mempersoalkan diri - Apa lagi kurangnya aku? kerana sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang sepatutnya menjadi pelindung.
Dr. Luqman Mahmud mengajak pembaca menyelami corak hubungan toksik dan narsistik antara anak dan ibu bapa - sikap yang sering berselindung di sebalik kasih sayang dan tanggungjawab, namun dalam diam menghakis keyakinan dan harga diri.
- Kesan ibu bapa narsistik kepada anak-anak.
- Mengenal pasti ibu bapa narsistik.
- Perasaan anak yang mempunyai ibu bapa narsistik.
- Empat jenis ibu bapa narsistik.
- Tindak balas anak kepada ibu bapa narsistik.
- Menjadi anak yang memendam rasa dalam keluarga narsistik.
- Bangkit dari kelukaan yang panjang.
- Sembuh dari cengkaman ibu bapa narsistik.
- Jadilah diri sendiri.
- Putuskan rantaian narsistik, jadilah ibu bapa yang matang pada masa hadapan.
0 comments