Sarapan Ringkas - Keladi Goreng, Telur Rebus dan Salad
10:39 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini Amie sediakan sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan iaitu keladi goreng dipadankan dengan telur rebus dan salad segar. Menu tidak mewah tetapi seadanya cukup sekadar hidangan mudah yang memberi tenaga dan semangat untuk memulakan hari.
Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah, jadi hanya Amie dan Encik Suami sahaja di rumah.
Keladi goreng memberi rasa lemak semula jadi, sementara telur rebus menambah sumber protein yang sihat. Salad segar pula Amie tambahkan renjisan minyak zaitun. Gabungan ketiga-tiganya ini sudah cukup sebagai bekalan diet yang seimbang.
| Keladi Goreng |
| Daun salad ditambah hirisan cherry plum dan lemon, secubit garam dan renjisan minyak zaitun. |
| Bismillah |
2 comments
Belum pernah lagi makan keladi goreng macam tu... teringin nak rasa :D
BalasPadamsarap ringkas pun kenyang ni kak amie..mau tengahari nanti lambat sikit masak
BalasPadam