Temankan Firdaus Makan Tengah Hari di Happy Spoon
8:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah cari makan di tempat kegemaran Firdaus iaitu di Happy Spoon yang terletak di Bandar Tabanak. Memang tempat makan ini sesuai dijadikan pilihan kerana selain menawarkan pelbagai menu, sedap dan cepat pula penyediaannya. Kami memesan:
| Firdaus dengan kudapan kegemarannya: Onion Ring |
| ABC Happy Spoon |
Oleh kerana setiap kali datang makan di sini dan memesan dessert ice shaved, kami pun tahu saiznya besar. Jadi pesan satu sahajalah ABC Happy Spoon untuk kongsi bertiga.
| Firdaus - Golden Salted Egg Chicken Rice |
| Nampak meleleh-leleh kuahnya! |
Menu masakan ala Cina ini memang nampak sedap! Bahagian luar ayam namnpak garing tetapi di dalamnya lembut berjus. Apabila cuba makan sedikit, rasanya memang terangkat! Ada rasa masin dan berlemak daripada salted egg, creamy dan kaya dengan mentega serta harum aroma daun kari.
Dulu setiap kali datang ke sini Firdaus berkeras asyik hendak makan Nasi Goreng Tomyam. Sekarang, pandai pula dia pilih menu yang lain.
| Encik Suami - Mi Kari |
| Banyak aksesori Mi Karinya. |
Tapi rupanya tukang masak lupa letakkan telur rebus. Ketika Encik Suami sedang makan, datang pula mangkuk kecil berisi telur rebus. Sempat juga tumpang sesudu kuah Mi Kari Encik Suami. Rasa pedas, lemak dan berempah dan memang kena cepat-cepat dinikmati sementara kuahnya masih panas.
| Telur rebus & sambal. |
Mi Kari didatangkan bersama sambal. Kata Encik Suami rasanya seperti sambal colek Cocos. Mungkin jugalah sebab tukang masak di restoran ini orang Melayu cocos.
| Amie - Mi Rojak |
| Mi Rojak |
Mi Rojak ini nampak saja mi diselimuti kuah dan keropok, tetapi apabila diselak banyaklah aksesori di dalamnya. Ada ayam, hirisan fish cake, tauhu, telur rebus dan juga timun. Encik Suami kata, Mi Rojak ini kuahnya sama dengan kuah mi rojak orang Cocos. Eh, sudah dia kata tukang masaknya orang Melayu Cocos, memanglah ada ciri-ciri masakan warisan Cocos juga... ahaks!
| Tomyam Soup |
Tomyam Soup ini Amie pesan sebagai menu tambahan sebab teringin hirup kuahnya yang panas dan pedas. Walaupun tidak setajam rasa versi Thailand tetapi apabila dihirup, kuahnya seimbang dengan rasa masam, pedas dan agak pekat. Memandangkan fokus kepada kuahnya, tidaklah Amie peduli sangat isinya!
| Onion Rings |
Onion Rings ini besar-besar seperti gelang tangan mak Arab! Tak tahulah bawang besar saiz apa yang mereka gunakan. Firdaus suka sangat makan Onion Rings. Kita pun apa kurangnya. Encik Suami tak mahu makan, jadi kita pun tolong habiskan. Ada rasa manis semula jadi bawang yang agak lembut. Lapisan luar pula rangup dan sedikit masin disalut tepung. Firdaus mekan dengan sos cili yang disediakan tapi Amie cecah sambal Mi Kari Encik Suami.
Selepas makan kami hantar Firdaus ke sekolah agama. Sebelum keluar dari kereta, Firdaus beritahu tak perlulah Encik Suami bagi duit belanja sebab katanya sudah kenyang. Tapi Encik Suami hulur juga wang saku. Mana tahu Firdaus hendak beli ais krim waktu rehat. Biasanya Firdaus akan simpan kalau tidak digunakan untuk membeli makanan.
Wokey!
Kalau sampai ke LD, bolehlah jadikan Happy Spoon Restaurant sebagai salah satu pilihan tempat untuk menjamu selera. Rasanya restoran ini ditutup setiap hari Isnin.
19 comments
Sy rasa Happy Spoon ni restoran kegemaran Kak Amie sekeluarga. Gembira kalau dapat onion ring besar² macam tu. Mee kari tu memang pudar ya warnanya, Kak Amie tapi nampak sedap jugak tu.
BalasPadamYa, kali ini kuah mi kari dan kuah tomyam warna pucat tak macam selalu.
PadamAmie, sedap-sedapnya menu, besar sungguh onion rings tu.. :)
BalasPadamBetul AJ, besar bawangnya tu.
PadamBesar betul onion ring tu. Makanan semua sedap2.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
Padamdugaan tgk gmbr makanan tgh puasa ni..trus auto lapar haha..mi kari ada mcm2 isinya sedap tu
BalasPadamFirdaus pun dah ada tempat makan favourite. Tergoda tengok ABC nya penuh mangkuk ada aiskrim lagi. Presentation dia menggoda.
BalasPadamMacam sedap salted egg chicken tu, crispy chicken dicurahkan kuah meleleh. Masih mengekalkan kerangupan ayamnya.
Kuah mi karinya lain daripada yang biasa. Macam terlebih santan pulak. Oo dimakan dengan sambal colek. Kalau dicampur mungkin jadi kuah merah-merah. Boleh pulak terlupa telur rebus. Mujur ingat dan bagi.
Sedapnya mi rojak banyak isi. Tengok kuah kacang merah menyala macam pedas.
Kiranya semua masakan di sini mengikut masakan orang Melayu Cocos gitu.
nampak putih je warna mi karinya, tapi bila Kak Amie kata sedap mungkin itulah cara masakannya
BalasPadamTak tahan betul tengok onion ring Firdaus tu, besar betul dan nampak ranggup sungguh lahai kak. Bagus betul lah mee kari tu dahla penuh isi, udang dia pun elok besar gabak, bagus pemilik kedai terlupa bagi telur rebus dia bagi juga asing. Kadang ada kedai buat dek je.
BalasPadamMee rojak akak tu nampak menggoda lahai... mula2 ingat tkde isi, sekali selak penuh memacam.
Baca penerangan kak Amie, saya jadi teringin nak makan nasi lauk ayam salted egg. Saya suka masakan ala cina.
BalasPadamWah! Firdaus ni kan bahagia sekali kena temankan mak penyayang..Firdaus ni membesar denagn blog hebatni ya..tahniah Firdaus
BalasPadamNampak sedap semua yang dipesan tu terutama nasi ayam salted egg dgn sotong goreng tepung tu 😃
BalasPadamTak sia sia namanya happy spoon yaaa , memang happy dibuat habis makan di sana 😄.
BalasPadamSemua makanannya kliatan sedap. Saya rindu pula makan onion rings. Tp memang sedap kalo dimakan saat panas. Masih crunchy
Tiap ke Malaysia, kalo pesan Ais kacang, atau yg sejenis ini, memang saya pesan 1 saja kak. Sebab dah tahu porsi memang besar hahahahah. Tak bisa habis. Waktu itu makan ber4 dengan suami dan anak, tetap tak habis juga 😂
besar onion rings, macam gelang mak arab gitu :p
BalasPadampucat warna kuah mee kari tu ye kak...x macam yang sblom ni...happy spoon to happy tummy...
BalasPadamNampaknya Firdaus dah cuba menu lain.
BalasPadamGolden Salted Egg Chicken Rice ni kan, mana nak cari di Kuantan ni....... Nampak sedap sangat
BalasPadamterliur tengah malam tengok semua menu...wahh..ABC boleh share 3 org...
BalasPadam