Menatap Keagungan Tamadun Islam dari Mirador del Valle, Toledo
8:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan ke Toledo belum lengkap tanpa singgah di Mirador del Valle iaitu satu lokasi titik pandang indah yang terletak di atas bukit mengelilingi Sungai Tagus. Dari sini, seluruh kota Toledo terbentang bak lukisan hidup, mempamerkan keunikan seni bina zaman silam yang menyatukan unsur Islam, Kristian, dan Yahudi. Pemandangan ini bukan sekadar indah di mata, tetapi juga sarat makna sejarah. Di sinilah, ramai menyedari bahawa setiap menara dan tembok kota ini masih menggemakan jejak tamadun Islam yang pernah mewarnai bumi Sepanyol berabad lamanya.
- Mirador del Valle menghadap Kota Lama Toledo.
Dari atas bukit Mirador del Valle, akan terlihat seluruh Kota Lama Toledo yang dikelilingi Sungai Tagus. Kawasan ini pernah menjadi pusat penting tamadun Islam di Andalusia (Sepanyol Muslim) antara tahun 711 hingga 1085 Masihi. - Warisan seni bina Islam masih kelihatan.
Dari pandangan jauh di Mirador del Valle, kelihatan Masjid Cristo de la Luz, masjid kecil zaman Islam abad ke-10. Juga dapat disaksikan Alcázar de Toledo iaitu kubu lama yang asalnya dibina oleh orang Arab sebelum diubah oleh Kristian. Selain itu, dapat dilihat dengan jelas susun atur bandar dengan lorong sempit dan berliku yang merupakan gaya bandar Islam klasik. Pemandangan ini menunjukkan bagaimana pengaruh Islam membentuk struktur dan seni bina Toledo, yang kekal hingga hari ini. - Toledo: Jambatan Ilmu antara Dunia Islam dan Barat.
Selepas kota ini ditawan semula oleh kerajaan Kristian Castile, Toledo menjadi pusat penterjemahan ilmu Arab ke Latin. Jadinya kita bukan hanya lihat kota tetapi juga pusat lahirnya pertukaran ilmu tamadun Islam kepada Eropah.
Tamadun Islam di Andalusia sudah lebih lima abad berlalu! Kejatuhannya pada abad ke-15 tetapi kami dapat jejak ke sini pada abad ke-21, dengan izin-Nya.
2 comments
Cantik2 gambar... macam poskad!
BalasPadamSeronoknya dapat pengalaman melihat negara orang. Luas pemandangan.
BalasPadam