Selamat Pagi Sercotel Toledo Renacimiento
12:24 PTGBismillahiraahmanirrahim.
Oleh kerana kami sampai di hotel agak lewat malam, jadi tidaklah dapat melihat suasana sekitar tempat penginapan kami terutamanya di bahagian luar. Sercotel Toledo Renacimiento terletak di Calle Marqués de Mendigorría, 8-10, 45003 Toledo, Sepanyol. Kedudukannya kira-kira 1.1 kilometer dari pusat bandar Toledo.
Selamat Pagi Sercotel Toledo Renacimiento!
Pada mulanya ada seorang rakan rombongan minta tolong Amie ambil gambarnya. Kemudian dia pula menawarkan diri tangkap gambar Amie. Sebenarnya malas hendak bergambar, tapi apabila sudah ada orang ringan tangan rakam gambar, ikut sajalah.
Sayang sungguh dua helai baju sejuk Amie tertinggal di kampung, jadi ini sahajalah baju sejuk yang Amie ada dengan sehelai lagi baju sejuk yang dibeli di Moorocco. Sebenarnya bosan juga tengok gambar pakai baju sejuk yang sama, warna yang sama!
Syukur Alhamdulillah. Musim sejuk banyak kelebihannya untuk yang tak bawa banyak baju sejuk seperti Amie. Walaupun pakai baju sejuk yang sama setiap hari tetapi tiada sebarang aroma yang tidak menyenangkan. Benar kata Kamsiah, pakaian tidak berbau walau beberapa kali dipakai di musim sejuk.
Amie tanya Pak Google. Jawabnya:
Pakaian tidak berbau di musim sejuk disebabkan oleh beberapa faktor saintifik dan persekitaran:
- Suhu rendah menghalang pertumbuhan bakteria.
Bau badan dan pakaian berpunca daripada bakteria yang memecahkan peluh di kulit dan kain. Dalam suhu sejuk, bakteria sukar membiak kerana mereka memerlukan kehangatan dan kelembapan untuk hidup. Jadi, peluh yang terperangkap di pakaian tidak menghasilkan bau busuk seperti pada cuaca panas - Kurang peluh.
Cuaca sejuk menyebabkan peluh berkurangan kerana badan tidak perlu menyejukkan diri. Tanpa peluh, tiada kelembapan dan garam yang menjadi makanan bakteria penyebab bau. - Udara kering dan segar.
Udara musim sejuk biasanya kering dan bersih, tidak lembap seperti musim panas. Ini mengurangkan peluang bau terserap dan melekat pada fabrik. Udara sejuk juga mengekalkan pakaian lebih lama “segar” kerana kurang oksidasi bau. - Lapisan pakaian bertindak sebagai penebat.
Pakaian tebal seperti jaket dan sweater mengurangkan sentuhan peluh dengan udara luar, menjadikan bau kurang tersebar. - Proses kimia lebih perlahan.
Bau datang daripada tindak balas kimia (penguraian peluh dan minyak kulit). Dalam suhu sejuk, tindak balas kimia ini berjalan lebih perlahan, maka bau tidak cepat terbentuk.
Walaupun begitu, diharapkan pada kembara akan datang jika ditakdirkan pada musim sejuk lagi janganlah sampai tertinggal baju sejuk!
Bermula minta tolong ambil gambar di luar ruang makan hotel, berjalanlah kami keluar dan ambil gambar di sekitar hotel pula.
Apabila terpandang bas biru belalai gergasi sudah datang, kami cepat-cepat masuk semula kelobi hotel dan mengambil beg masing-masing.
Jom naik bas. |
Bas biru belalai gergasi mula meninggalkan Sercotel Toledo Renacimiento.
Suhu sejuk dan agak berkabus menjadikan pemandangan agak kelam dan kelihatan agak gelap walaupun sudah pukul lapan pagi.
1 comments
ranting-ranting tanpa daun pun cantik di kala musim sejuk gini kan , Amie
BalasPadam