Layan Selera Firdaus : Makan Nasi Lauk Sardin Sambal Tuhau
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita Sambal Sardin Tuhau yang digemari Firdaus. Selepas ini tidak tahu entah bila akan masak begini sebab stok sambal tuhau sudah habis. Sebelum ini Amie oernah kongsikan tentang sambal tuhau di sini:
Macam-macam rupanya boleh 'disambaltuhaukan' dan rasanya sungguh menyelerakan bagi yang 'boleh jalan' dengan tuhau. Untuk sardin sambal tuhau ini Amie tidak masukkan halia seperti kebiasaan masak sardin. Hal ini kerana tuhau itu sendiri sudah berada dalam keluarga halia. Satu lagi tidak perlu tambah pes asam jawa sebab sambal tuhau sudah cukup rasa masamnya.
Pada masa yang lain, mungkin kalau tidak jumpa sambal atau lada tuhau, bolehlah beli tuhau jeruk untuk dibuat sambal. Tapi di LD memanglah tidak akan jumpa lada atau jeruk tuhau sebab di sini kebanyakannya dari kaum Bajau dan Bugis. Tuhau terkenal dalam masyarakat Dusun dan yang sewaktu dengannya.
Nasi Lauk Sardin Sambal Tuhau |
Sardin Sambal Tuhau |
Kali ini Sardin Sambal Tuhau yang Amie masak agak berkuah. Selalunya Amie masak hampir kering. Berkuah sedap, kering pun enak.
Bismillah |
Sardin Sambal Tuhau |
Resipinya boleh lihat di sini: Resipi Sardin Sambal Tuhau Yang Menggoda Selera!
0 comments