Pemenang Jom Teka Berat Mangga Udang Lagi!
7:51 PTGRakan-rakan blogger yang disayangi dan selalu di hati. Minggu lepas, sebelum tutup dapur untuk beberapa hari, kita sempat tinggalkan entri Jom Teka Berat Mangga Udang Lagi! Sekarang kita sudah balik ke sarang dan tibalah masanya untuk umumkan pemenang yang bertuah itu!
Sebelum itu kita lihat dahulu berat sebenar dua biji mangga udang di bawah ini. Eh, sepatutnya sebelum itu ucapkan dahulu terima kasih kepada yang sudi meneka. Tepat atau tidak tepat itu cerita lain. Yang penting turut sama memeriahkan suasana... ahaks!
Teka Berat Mangga Udang |
Mangga Udang B beratnya 2.000kg.
Mari kita campurkan berat kedua-duanya: 1.557 + 2.000 = 3.557
Jadi, berat sebenar dua biji mangga udang ialah 3.557 kg!
Jawapannya ialah = 3.557 kg.
Tiada peneka yang tepat tetapi ada yang meneka hampir tepat. Siapakah peneka bertuah itu? Tahniah buat blogger Tot @ Nur dari blog SECAWAN KOPI, SEKEBUN CERITA. Nur teka hampir tepat iaitu 3.6 kg. Terlebih berat sikit saja iaitu sebanyak 43 gram.
Nur, jangan lupa emelkan details ke emel salamiez@gmail.com
Kirimkan nama penuh, alamat dan nombor telefon.
3 comments
Hebatnya meneka blogger kita ni Tot..tabik lah, dengan Tot..tahniah..rezeki dia
BalasPadamTahniah kepada pemenang.. terbaiklah 👍👍
BalasPadamTahniahnyer kepada pemenang terpilih
BalasPadam