Berkenalan dengan Patulakan : Kuih Tradiisonal Masyarakat Bajau / Suluk
10:17 PGBismillahirrahmanirahim.
Pernah dengar nama kuih patulakan?
Pertama kali Amie dengar dan lihat sewaktu sedang makan-makan di tepi laut, seorang rakan memperkenalkan kuih tersebut tetapi dengan sebutan yang berbeza iaitu pitulakan. Ada yang sebut patulakan juga : Di Bawah Bulan Mengambang
Patulakan ialah sejenis kuih tradisional dari Sabah, khususnya terkenal dalam komuniti Bajau / Suluk di pantai-pantai timur seperti Semporna, Tawau dan kawasan sekitarnya. Kuih patulakan ini biasanya dihidang dalam majlis keluarga, kenduri atau perayaan dalam komuniti tempatan.
Bahan asas biasanya tepung beras (atau tepung pulut), kelapa parut dan santan pekat dan gula. Kali pertama makan patulakan, Amie jumpa versi putih. Kali kedua, jumpa versi warna coklat pula, bermakna adunannya menggunakan gula merah.
Kuih Patulakan yang sudah dipotong-potong. |
Kuih Patulakan |
2 comments
Seingatnya, ini pertama kali saya tahu dan lihat kuih patulakan. Sekali tengok macam bentuk lemang.
BalasPadamskali tgk mcm guna melaka
BalasPadam