Sarapan Bubur Nasi Kuah Kaldu Ayam
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi pertama di Banda Acheh, kami sarapan di Portola Arabia Hotel. Seronok sangat sebab ada bubur nasi! Ada pelbagai lauk pilihan. Sebelum menuju ke meja dengan semangkuk kecil bubur ayam dan aksesorinya, Amie sempat bertanya tentang kuah berwarna kuning kepada pelayan hotel yang berdiri di situ. Menurutnya, itu ialah kaldu ayam yang dituang ke dalam mangkuk bubur ayam.
Eh, lain macam pula bubur ayam dituang kuah! Tidak mengapa, kita belajar makan air tangan orang Acheh. Jadi, Amie pun tuanglah kaldu ayam ke dalam mangkuk bubur nasi tadi.
| Bubur Nasi Kaldu Ayam |
Kata Pak Google, bubur nasi kuah kaldu ayam adalah bubur nasi khas Indonesia yang disajikan dengan siraman kuah kaldu ayam yang gurih dan kaya rasa, bukan hanya bubur tawar yang ditaburi topping saja. Kuah ini dibuat dari rebusan ayam yang dibumbui dengan berbagai rempah.
Untuk toppingnya, turut disediakan cakwe iaitu adunan tepung yang digoreng, kacang tanah, hirisan daun sup, bawang goreng, telur rebus dan juga sambal serta kicap.
Banyak jugalah menu sarapan yang disediakan termasuk dessert seperti puding dan bubur, gorengan seperti tempe, buah-buahan, roti dan sebagainya. Tidak ketinggalan pelbagai jenis keropok. Makanan berat pula seperti nasi goreng, mi goreng dan pelbagai lauk-pauk.
Pagi pertama, Amie ambil sarapan seperti di bawah ini.
| Minuman cuci perut. |
| Sedap pula makan keropok dengan sambal! |
Hari kedua pula, Amie ambil makanan berat sedikit iaitu suhun goreng dengan ayam goreng. Ambil juga Bubur Nasi Kuah Kaldu Ayam. Dalam gambar di bawah ada mangkuk berisi sup sayur. Di dalamnya ada taugeh, tomato dan tauhu.
Ayam gorengnya penuh dengan daun kari. Sama seperti ayam goreng yang kami makan di L'Pante Cafe. Mungkin beginilah gaya masakan di sini, goreng ayam dengan banyak daun kari.
| Suhun dan ayam goreng. |
| Gorengan. |
| Bubur Nasi Kuah Kaldu Ayam & Sup Sayur |
Di bawah ini pula menu pilihan Amie pada pagi terakhir di Banda Acheh. Bubur nasi kuah kaldu ayam memang wajib ambil. Kali ini tambah beberapa keping keropok.
Kali ini Amie ambil dua sudu nasi goreng, ditambah ikan tuna tumis Acheh (seperti yang tertulis di tepi bekas makanan), ambil sayur campur iaitu labu siam dengan lobak merah, keropok dan dua jenis sambal iaitu sambal merah dan sambal hijau,
| Minum secawan kopi. |
| Bubur Nasi Kuah Kaldu Ayam |
| Gorengan - Tempe |
Lain padang lain belalang.
Alhamdulillah. Rezeki Allah dapat mencicipi masakan dari negara jiran.
0 comments