Makan Roti Kahwin Telur Setengah Masak Dan Lain-Lain
9:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi hendak makan yang ringan-ringan saja. Bukan tidak lapar tapi kurang selera hendak makan. Mungkin agak letih. Maklumlah, perlu masa dan tenaga melaksanakan kelas tambahan untuk calon SPM. Lima calon dalam kelas kita pula lemah 3M, terpaksa masuk kelas PROBIM setiap hari selepas tamat sesi persekolahan di waktu pagi. Macamanalah hendak jawab soalan SPM? Inilah kesan Akta Pendidikan 1996, 11 tahun wajib belajar tanpa melalui ujian dan diakhiri dengan SPM. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu supaya didengari rayuan kembalikan UPSR dan PT3? Aduhai... botak kepala kita memikirkan apabila terpaksa capai KPI ladang!
Lupakanlah hal yang tak akan ada penghujungnya itu. Kita isi perut dahulu.
Kami cari makan di I Peak. Amie hendak makan Roti Kahwin dengan Telur Setengah Masak sahaja. Maklumlah, hari menjelang petang. Kiranya sebagai minum petanglah walaupun belum makan tengah hari. Sedap betul makan roti putih bakar disapu kaya dan mentega. Gabungan manis kaya dan savuri mentega menghasilkan kombinasi rasa yang sempurna.
Amie - Roti Kahwin & Telur Setengah Masak |
Iced Lemon Thai Red Tea |
Sementara menunggu pesanan tiba di meja, kami makan kek Tiramisu dahulu. Keseluruhan rasanya memang sesuai dengan tekak kami. Sempurna namanya sebagai Tiramisu Cake dengan gabungan manis-manis manja, pahit dan lembut berkrim.
Roti Kahwin |
Half Boiled Egg |
Encik Suami - Smoked Duck Rice Bowl |
Smoked Duck Rice Bowl |
Untuk menu Smoked Duck Rice Bowl ini pelanggan boleh pilih lauk lain selain nasi putih atau nasi beras perang dan ayam atau itik salai. Dalam mangkuk ini ada kulit wantan, kacang edamame, baby octopus dan serpihan ikan kering katsoubushi. Encik Suami sudah tentulah lebih sukakan itik berbanding ayam.
Beeftatoes Taco Cheese |
Setakat makan Roti Kahwin dan Telur Setengah Masak tidaklah mengenyangkan! Amie tambah pesanan Beeftatoes Taco Cheese. Comel jew saiznya tapi menambah rasa kenyang sebab roti kahwin sudah menunggu dalam perut!
Beeftatoes Taco Cheese |
Inilah pilihan makanan kami untuk makan hari ini. Hendak kata makan tengah hari, sudah lewat pula. Hendak kata minum petang seperti hidangan berat tapi separuh ringan pula.
Apa pun, syurkur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya.
3 comments
Adui..yang perenggan pertama tu, Linda yang bukan cikgu nie pun stress..anak² tenang lain macam..sebab takde periksa besar..ibu yang libang libu ..
BalasPadamWalaupun nampak ringan2 makanan nya..tp dah banyak² gitu, kenyang juga
Di sini pun sempat ujian akhir untuk sekolah dasar klas 6 dan junior high school dihapuskan , diganti dengan ujian akhir saat senior high school . Tapi memang macam tak sesuai kak.
BalasPadamAkhirnya yg saya baca, akan dikembalikan lagi ujian akhir untuk sekolah dasar dan high school.
Rice bowl dengan smoked duck nya saya drooling sangat. Memang kliatan juicy bebek nya 😍😍
Sedapnya tiramisu cake. Betul la tu sistem pendidikan sekarang carca marba je tak macam dulu.
BalasPadam